-cinta ku, hanya untuk mu, seorang-

Ku ingin kata cinta kepadamu
Tapi hatiku bukanlah pejuang pujangga
Hatiku sekadar api yang semakin hari semakin malap.

Ku ingin serlahkan cinta untukmu
Tapi aku bukanlah perwira sejati
Jiwaku sekadar kerosakan hasil depresi ku.

Ku ingin beritahu kau bahawa aku cinta akan dirimu
Tapi sejarah telah sedariku
Bahawa tak kan ada cinta romantika untukku.

Ku ingin bercinta dengan mu
Tapi ku tahu
Dikau tak pernah dan tak akan pernah
Sedari akan kewujudan ku
Dalam erti real dan estetika.

Ku benar-benar ingin kata cinta kepadamu
Kerna ku sengsara menyimpan cinta ini
Seorang diri tanpa sesiapa dengari
Hanya tulisan ku sahaja tempat ku mengadu cinta (Dan Pencipta).

Ku benar-benar ingin kata cinta kepadamu
Tapi masa lalu ku selalu ajari ku
Bahawa wanita yang ku cintai
Tak akan pernah cintai aku
Sejak dulu dan mungkin selama-lamanya.

Lagu ku dengari
Bermain indah di hatiku
Walaupun kisah lagi itu lain
Dengan kisah ku ini
Tapi melodinya sesuai kisah cintaku.

"Wahai pujangga cinta biar membelai indah
Teladani kalbuku
Jujurlah pada hatimu
Ada apa dengan cinta
Perbedaan aku dan engkau
Biar menjadi bait
Dalam puisi cinta terindah"  *

.....
*ada apa dengan cinta (Melly dan Eric).

Ulasan

Catatan Popular