-dia itu-
Dia itu secara empirikalnya kelihatan berkurung, tapi mindanya telah menjelajah pelbagai dunia, sama ada dunia itu dia tahu secara pasti atau tidak, sama ada dunia itu dia jelajah sampai hujungnya, atau hanya sampai pertengahannya, dan sama ada dunia itu dia telah abaikan atau masih tinggal di sana. Dia belajar berenang di lautan imaginarinya, walaupun ada kalanya dia lemas, tapi empirikalnya sentiada ada, di mana dia juga berteman di sana, di mana ada yang sambut tangannya.
Dia itu, secara zahirnya kelihatan berkurung, tapi mindanya telah menjelajah pelbagai dunia, dari sosialis anarki ke terima kapitalis, dari monarki ke dunia bayang, dari alam empirikal ke alam rationalis, dari social anxiety ke borderline personality disorder ke dunia 'psikologi' disorder, dari sains ke sastera ke psikologi, dari romantika ke anti romantika, dari peminat revolusi perindustrian ke pergerakan Romanticism, dari puisi ahli sufi ke sastera rosak dan gelap, dari dunia falsafah gelap ke dunia rosak ideologi, dari dunia liberal ke dunia konservatif.
Dia itu, secara empirikalnya kelihatan berkurung, tapi mindanya telah bawa dia terbang ke pelbagai dunia, dunia gelap dan dunia tak gelap. Dia jelajah (secara general saja bukan specific) ke dunia anarki, socialism, kapitalis, monarki, sekularisme, sains, sastera, psikologi, liberal art, sejarah, demokrasi, tapi akhirnya dia lemas di lautan itu. Mungkin sibuk di minda malas di zahir, telah sampai penamatnya. Mungkin berenang bebas di lautan imaginari telah tamat tempohnya.
Ulasan
Catat Ulasan