-gelap-

banyak kegelapan dalam tulisanku..
Iyalah, tak kan lah ku perlu tulis tulisan baik
bila mana hatiku penuh kegelapan
aku malas nak hipokrit baik
walaupun mungkin ada kebaikan dalam hatiku.

aku tulis tulisan kegelapan
kerna mungkin psikologi ku gelap
mungkin soul ku corrupted.
aku malas nak tulis tulisan selain gelap
kerna nanti tulisan ku bakal dikritik
kata mereka
"kalau rosak, tulis lah tulisan rosak, kenapa perlu tulis tulisan emas."

dianggap rosak di dunia moden ini senang
berbanding dianggap baik.
dianggap baik susah, dianggap rosak senang.
berlakon rosak di dunia ini mudah, berbanding berlakon baik. misalnya, kau jangan ikut apa majoriti buat, maka kau akan dicari kesalahan dan kekuranganmu. dan bila mana kau hanya duduk diam, cara hidupmu bakal dikritik dikomen, hanya kerna kau mempersoalkan ikutan majoriti.

kau diam, cara hidupmu dikritik
kau tak diam, juga cara hidupmu dikritik
ayat mudahnya, semua apa yang kau buat akan dicari kekurangan dan dikritik, kerna kau berbeda dengan majoriti.... tapi kalau kau tak berbeda dengan majoriti, juga hidupmu dikritik... semuanya lah..... sebab itu... jangan kisah apa orang nak cakap, buat apa yang kau nak buat, asalkan jangan diktator dan melebihi batas.

adakah kau ada mental illness?
aku ada, kau?
kalau ada, apa nama mental illness kau itu?
demokrasi? kapitalisme? materialistik? diktator? anarki? kosong? suka cari kekurangan orang lain? suka kritik cara orang lain? suka hina orang lain, bila mana ideologi yang kau pegang tak diikuti oleh mereka?
kita sama-sama ada mental illness, kah kah kah...

semua manusia secara GENERAL-nya di era moden ini, ada mental illness... cuma mental illness itu tak semestinya jenis disorder yang ada di ilmu psikologi....

Ulasan

Catatan Popular