-untuk apa tahu- [2]

Untuk apa tahu semua benda
Akhirnya, depresi bertambah sahaja.
Lebih baik jadi manusia yang
Umpamanya katak di bawah tempurung
Lebih baik jadi manusia yang
Tidak tahu apa-apa pasal dunia moden

Untuk apa tahu
Apa itu falsafah
Apa itu sains
Apa itu demokrasi
Apa itu monarki
Apa itu kapitalisme
Apa itu socialism
Apa itu epistemology
Apa itu ontology
Apa itu axiology
Apa itu psikologi
Apa itu dialektika
Apa itu kosmologi
Apa itu kosmologi sufi
Apa itu metafizik
Apa itu ilmu kalam
Apa itu marxist dialectical materialism
Apa itu marxist historical materialism
Apa itu sekularisme
Apa limit sains
Apa limit sesuatu ilmu
Apa itu ideologi
Apa itu jenis-jenis ideologi
Apa itu isme-isme
Apa itu sufism
Apa itu realiti
Apa itu ilmu
Apa itu maklumat
Apa itu pandangan
Apa itu evolusi
Apa itu tasawuf
Apa jenis-jenis pemikiran.

Buat apa nak tahu
Apa itu ilmu fizik
Apa itu fermion
Apa itu boson
Apa itu quantum mekanik
Apa itu Copenhagen Interpretation
Apa itu Bohm Interpretation
Apa itu many world interpretation
Apa itu Heisenberg's uncertainty principle
Apa hubungan mass dan energy
Apa hubungan mass dan force
Apa hubungan momentum dan energy
Apa beza clasical mekanik dan quantum mekanik
Apa itu Big Bang
Apa teori untuk ganti Big Bang
Apa itu special relativity
Apa itu general relativity
Apa hubungan space and time
Apa itu satelit
Apa itu bintang
Apa itu planet
Apa itu asteroid, meteor
Apa itu singularity
Apa itu Grand Unified Theory
Apa itu String Theory
Apa umur matahari, bulan, bumi
Apa galaksi terdekat dengan Bima Sakti

Buat apa nak tahu
Adakah matter itu wave atau particle
Adakah matter itu dalam duality
Adakah kesedaran mempengaruhi realiti
Adakah kesedaran manusia mempengaruhi 'measurement'
Adakah quantum mekanik itu sempurna
Adakah hidden variable itu ada
Adakah quantum komputer bisa ada
Adakah kelajuan cahaya adalah limit
Adakah maklumat bergerak lebih laju daripada cahaya
Adakah black hole itu wujud
Adakah entropy boleh daripada disorder ke order
Adakah sebab dan akibat itu ada dalam quantum mekanik
Adakah manusia bisa masuk ke dalam Black Hole
Adakah ada teori untuk hasilkan unification of theory
Adakah sains bisa terangkan realiti

Buat apa nak tahu
Bagaimana komputer berfungsi
Bagaimana komponen elektronik berfungsi
Bagaimana google berfungsi
Bagaimana hacker hack sistem komputer
Bagaimana ubah IP address
Bagaimana install Kali Linux
Bagaimana dual booting di komputer
Bagaimana hacker guna phishing attack, brute force attack, etc
Bagaimana NSA jalankan projek PRISM
Bagaimana Edward Snowden membocorkan projek itu
Buat apa nak tahu apa itu Cryptography
Buat apa nak tahu nama-nama attack yang digunakan hacker untuk menghancurkan sistem komputer

Buat apa nak tahu
Adakah ilmu itu bebas nilai atau tidak
Adakah ilmu itu neutral atau tidak
Apa hubungan sains dan agama
Apa hubungan sains dan falsafah
Apa hubungan Pencipta dengan fenomena alam
Apa hubungan tafsir dan takwil al-Quran dalam penafsiran fenomena alam
Apa peranan Pencipta dalam fenomena alam
Apa ungkapan untuk menerangkan peranan Pencipta agar bisa tafsir sains moden
Atau perlu pemisahan kah
Atau tak perlu tafsir sains moden

Buat apa nak tahu
Macam mana tafsir sains
Macam mana nak tahu limit sains
Macam mana guna ilmu kalam untuk kritik balik pemikiran moden.
Macam mana nak bersihkan hati agar bisa dapatkan ilmu rare
Macam mana guna ilmu rare itu untuk faham realiti
Macam mana nak terangkan bahawa sains tidak bisa terangkan the whole reality
Macam mana nak terangkan bahawa sains hanya bisa terangkan specific reality sahaja
Macam mana nak Islamkan ilmu
Macam mana nak dewesternisasi kan ilmu

Buat apa nak tahu
Apa jenis mental illness
Apa nama-nama mental illness
Apa hasil mental illness kepada sastera
Apa hubungan mental illness dengan kreativiti
Apa penawar mental illness
Adakah spiritual bisa menjadi penawarnya
Atau ubat sahaja penawarnya

Buat apa nak tahu
Adakah riba ada dalam sistem kapitalisme
Siapa pengasas sistem kapitalisme
Apa sejarah ekonomi dunia
Apa pendapat Karl Marx tentang kapitalisme
Siapa pengasas demokrasi
Apa sejarah demokrasi
Apa itu liberal demokrasi
Apa kelemahan sistem demokrasi
Apa kelemahan sistem kapitalisme
Apa kelemahan sistem sosialisme
Apa hubungan kemajuan sains dan kapitalisme
Apa beza ilmu, maklumat dan pandangan
Dan apa beza semua itu dengan ideologi

Buat apa nak tahu
Sejarah dunia
Sejarah sains
Sejarah falsafah
Sejarah tamadun
Sejarah sastera
Sejarah 'alien', annunaki

Buat apa nak tahu
Apa yang terjadi di dunia ini
Apa perkembangan ekonomi dunia
Apa perkembangan politik dunia
Apa perkembangan sosial dunia
Apa buku terbaharu
Apa teknologi terbaharu
Apa sains terbaharu
Apa sastera terbaharu

Buat apa
Baca buku banyak
Banyak tahu benda
Pandai berbicara menyusun maklumat
Pandai berdebat
Bijak menyusun ayat
Pandai bermain kata
Pandai bermain psikologi
Pandai memimpin

Buat apa nak tahu semua itu?
Buat apa nak buat semua itu?
Sia-sia sahaja
Depresi jua akhirnya
Psikologi ku tak bisa berubah pun
Jiwaku tak bertambah baik pun
Hatiku makin rosak
Akalku makin hancur
Personaliti ku hancur
Karekter ku hancur
Anxiety, insomnia.
Lebih baik
Aku buat benda lain
Kerna sampah buatlah perkara sampah
Kalau rosak buatlah perkara rosak
Kenapa nak berlagak emas !!!

Lebih baik aku kumpul duit sahaja
Dan mengelilingi dunia......
Untuk menghayati keindahan alam
Daripada nak tahu semua benda yang ada di atas kerna
Not my job.

Ulasan

Catatan Popular