[40]

terasa lagi
seksanya jiwa ini
hasil mental ku.

terasa lemas
di lautan psikologi
depresi ini.

lelah jiwaku
semangat hidup aku
hilang ditelan.

kalbuku ini
ditelan mental illness
tiada tahu.

mahuku hilang
sahaja di dunia
tanpa bisingku.

apa ertinya
sebuah hidup ini
bila lemas ku?

apa ertinya
kegembiraan ini
kalau ilusi?

apa ertinya
cinta romantik ini
kalau ilusi?

semuanya ku
tafsir dengan rosaknya
mental illness ku.

aku nak hilang...
di dunia ku ini
hilangku real.


Ulasan

Catatan Popular