-

pada awalnya, dia itu tidak kisah andai sesiapa pun yang memandang rendah akan dirinya. tapi di kala dia menyukai seorang wanita, di kala dia mencintai seorang wanita, hatinya terasa sakit perit lelah sengsara, di kala dirinya 'rendah' di pandangan semua manusia, termasuk  'dalam' pandangan wanita yang dia cintai itu. hatinya rasa sakit, kerna dirinya seorang 'loser', kerna dirinya adalah manusia yang tidak berguna, dan sampah sahaja akan semua hal tentang dirinya. rasa sakit sengsara jiwanya, dia benci akan dirinya, dia benci semua hal tentang dirinya... dia nak berkurung sahaja di ruang kecilnya.. dia nak reka sangkar ilusi, agar tiada sesiapa yang dapat mengenali akan dirinya...dia nak hilangkan kewujudannya di dunia empirikal dan dunia virtual.... selama-lamanya.

cinta memang menakutkan, ia bisa mengubah perasaan daripada tidak kisah akan semua hal, kepada kesakitan kerna semua hal. rasa sakit, sakit sangat, dirinya nak teriak dan lari dari dunia ini, tapi apa kuasanya, dia itu 'loser', maka dia terima sahaja kesakitan cinta itu... 'the silent scream'- mungkin itulah apa yang dia rasakan di hati jiwanya. dia nak teriak sekuat hatinya, tapi teriakan itu telah hilang suaranya, telah hilang semangatnya. apa yang tinggal hanyalah suara ilusi, yang sentiasa berteriak di dalam hatinya... mungkin agar tiada sesiapa yang mendengar akan suara itu...

tapi, bagi dirinya, dia teriak di luar atau teriak di dalam, hasilnya tetap sama, tak akan ada sesiapa yang mendengarnya, kerna dia hidup di dunia ini, hanya berseorangan sahaja, kerna itu pilihannya. di zahir mungkin ramai, tapi di dalam hatinya, tiada sesiapa pun... mungkin yang ada hanya wanita yang dia cintai itu, tapi itu dulu... sekarang dirinya telah buang semuanya, dari hatinya... dia tak nak lagi cinta romantika melahirkan harapan ke atas hatinya agar menafsir realiti dengan erti sebuah kegembiraan. kerna kegembiraan bagi dirinya adalah ilusi, apatah lagi kegembiraan kerna cinta romantika... 'cinta romantika' adalah nama lain bagi 'kesedihan-kesengsaraan jiwa'...

"hidup ini memang menyakitkan, cinta romantika ini memang menyakitkan".

dirinya 'loser' yang mencintai seorang wanita, di mana wanita itu lain 'darjatnya' berbanding 'ke-loser-an' akan dirinya. cinta bodoh dirinya itu, memang menyeksakan batinnya.. dia nak 'free' dari semua itu.. tapi apakan daya dirinya, dia kalah dengan permainan realitinya, permainan realiti cinta hatinya. cinta romantika ini telah memperbodohkan jiwanya...

"realiti ini memang menakutkan."

dia nak, dan pernah usaha untuk ubah segalanya, tapi dia tidak yakin akan dirinya, dan mental illness-nya juga sentiasa membunuh semangatnya, setiap hari, setiap waktu. realiti mindanya telah 'torture' segalanya. mentalnya telah membunuh segalanya... termasuk perasaanya juga impiannya.. dia itu kosong.. kosong dari segalanya....

dia nak hilang. dia nak pupus. dia nak lari... dari wanita yang dia cintai itu, dari segalanya....

dia nak hilangkan kewujudannya di dunia ini..
dia nak pupus sahaja...... dari segalanya...

dia give up, untuk berusaha, lagi....

dia rosak kerna berfikiran seperti itu..

dia tahu itu...
dia terima akan kerosakan itu...
sebab itu dia  nak pupus sahaja
dari dunia empirikal ini...
selama-lamanya.....






minta maaf, kerna saya mencintai awak...
minta maaf, kerna saya wujud, di depan awak...

Ulasan

Catatan Popular