-
rokok adalah penemanku
ketika ku lemas ditelan tafsiran realitiku
di mana tafsiran itu telah rosak
hasil kerna mental illness ku ini.
tafsiran realitiku telah dirosakkan
sehinggalah aku hancur ditelannya,
lemasku dalam lautan kesedihan
dan kesengsaraan jiwa sanubariku.
aku ada sebuah kisah yang perlu dikisahkan
mahu kamu dengar
wahai sang pari-pari
yang berdirinya memandang ku
walaupun kewujudannya hampir hilang...
senyumannya itu sebuah penawar
dalam ilusi ku.
mahu kamu dengar
kisah loser ku
wahai sang pari-pari?
Ulasan
Catat Ulasan