-

di kala kau dipandang rendah
di kala kau dihina, dimaki
di kala kau tidak ada fungsi dalam masyarakat
di kala kau dipandang sebagai manusia tidak berguna
kau akan berkata kepada dirimu bahawa suatu hari nanti kau akan berjaya dan
buktikan bahawa apa yang dikata itu adalah salah.
bagimu, kejayaan adalah balasan terbaik kepada kata-kata hinaan di atas itu...

tapi bagi dirinya
dia malas untuk layan semua itu
dia malas untuk lawan semua itu
dia tidak kisah semua itu
dia tidak kisah dibenci, dihina
dia tidak kisah segalanya

kerna dia malas untuk segalanya...

mental illness nya telah membuang semangat untuk berjaya dalam hidupnya...
sekarang ini dia hidup hanya untuk survive sahaja bukanlah hidup kerna untuk hidup..

mental illness nya telah mengubah segalanya
tentang dirinya...

dia hancur....

dia lawan mental illnessnya... tapi itu dulu..

sekarang ini dia telah 'mati'...

Ulasan

Catatan Popular