-

usaha...

dia itu malas untuk berusaha untuk dapatkan sesuatu, kerna dia selalu anggap bahawa pengakhiran kepada usaha itu adalah menyedihkan.

dia itu malas untuk berusaha capai kejayaan, kerna dirinya selalu anggap, bahawa usaha itu sia-sia, kerna dia anggap dirinya tidak layak untuk berjaya.

dia itu malas berusaha menjadi hebat, kerna dia selalu anggap akan dirinya sebagai manusia loser.

dia itu malas untuk berusaha dan berharap, kerna dia takut dia bakal sedih.

dia itu malas berusaha kerna dia anggap dirinya tidak berguna, usahanya itu tidak berguna, minatnya tidak berguna, dan hasil kepada usahanya itu juga tidak berguna kepada sesiapa.

dia itu malas berusaha kerna dia anggap usahanya itu kepada minatnya tidak berguna dan sia-sia sahaja. dirinya anggap minatnya itu sia-sia kerna tidak boleh menghasilkan material, tidak dapat membantu masyarakat, tidak mampu dapatkan keuntungan kapitalis.

dia itu malas berusaha kerna dia takut kisah lalu berulang.

dia itu malas berusaha kerna dia takut dia bakal sedih lagi, seperti dahulu.

sebab itu dia seperti itu...

Ulasan

Catatan Popular