-fizik-
dia tidak lagi minat
belajar fizik yang diajar di dalam kelas
mungkin kerna dia sedar dirinya bodoh
atau mungkin juga faham fizik dia beda
daripada faham fizik yang diterapkan di dalam kelas.
sains itu ada tiga jenis
(dia tahu itu, ketika kelas philosophy of science
tapi dia tidak tahu daripada mana 'quote' itu diambil
oleh pensyarah.
dirinya edit makna sains itu
ikut pandangannya sendiri, kerna
dia sendiri tidak tahu meluas
jenis sains itu, dan ini hasil editnya
edit dirinya jenis itu
tanpa dia jumpa pensyarah
yang ajar subjek philosophy of science.)
sains itu ada tiga jenis
sains sebagai aplikasi
sains sebagai pengkajian
sains sebagai idea.
dirinya itu
minat sains sebagai idea
tapi dia tidak merendahkan
jenis sains yang lain.
sebab itu
dia minat falsafah
metafizik si ahli sufi
ilmu kalam
sains moden (sains sebagai idea)
kerna bagi dirinya
semua itu ada hubungannya.
sains sebagai idea itu
pada pandangan dirinya sendiri
bukannya bersifat material
tapi ia umpama
seperti mencari Pencipta
dengan mengkaji alam
ataupun memahami alam
selepas kenal Pencipta,
kenal dengan makna kenal
si ahli sufi
(metafizik sufi).
sebab itu
sekarang ini dia
tengah baca journal
yang bertajuk Ibn Al-Arabi's Concept of Time.
ahli sains moden, ahli falsafah moden
mereka itu tengah mencari
apa sebenarnya itu masa
apa realitinya
apa sebenarnya makna masa.
faham masa oleh Ibn al-Arabi
dia berharap
faham masa dalam ilmu kalam
dan juga ilmu metafizik sufi
boleh membantu si ahli sains
dan juga ahli falsafah
dalam mensistemkan masa
dalam mensaintifikkan masa
dan jua dalam penafsiran sains
serta menyedari apa limit akal.
Ulasan
Catat Ulasan