-fizik-
adakah fizik sekadar teori?
fizik bukan sekadar teori sahaja, fizik adalah teori dan amali, kerna melalui teori fiziklah sesuatu teknologi itu boleh dimaterialkan, dan melalui teori fizik juga boleh memajukan lagi teknologi yang sedia ada.
tapi ada satu lagi faham fizik yang tidak diminati oleh ramai manusia, iaitu fizik yang digunakan untuk memahami alam, memahami realiti, dan mereka yang meminati faham fizik ini, tidaklah kisah sama ada teori fizik itu boleh hasilkan teknologi atau tidak, kerna bagi mereka, faham fizik itu adalah untuk kepuasan hidup, dan dengan faham fizik itu seseorang itu boleh dibawa ke meminati faham metafizik.
dengan kajian alam menggunakan fizik, seseorang akan mula mempersoalkan tentang realiti, dan akhirnya menyedari bahawa fizik ada limit, akal ada limit, dan akhirnya mereka mencari sesuatu ilmu yang boleh membawa mereka kepada faham realiti yang sebenar. fizik membantu mereka untuk membantu mereka menyedari limit akal. dan andailah mereka berminat hendak mengetahui realiti, mereka akan mula meminati metafizik kerna dengan metafizik mereka boleh menerangkan realiti. dan, dengan faham metafizik itu, mereka boleh menafsir teori sains yang sedia ada, mengikuti pandangan alam mereka. dan mungkin suatu hari nanti, dengan faham metafizik itu, mereka cuba untuk 'reduce' faham metafizik itu supaya menjadi faham fizik, dan akhirnya mereka boleh hasilkan teori baru, atau memajukan lagi teori yang sedia ada.
mungkin faham metafizik boleh membantu melahirkan teori sains baru atau memajukan lagi teori sains yang sedia ada.
mungkin falsafah boleh membantu melahirkan teori sains baru atau memajukan lagi teori sains yang sedia ada.
Ulasan
Catat Ulasan