-

katanya
"kesedihan cinta ini menyeronokkan kerna ia bisa di-embrace-kan menggunakan pen dan kertas serta ditemani lagu kesedihan... seperti mana aku embrace mental illness ku... kan benar cinta romantika itu sama dengan mental illness cuma berbeda kata/huruf sahaja... kah kah kah..."

"terima kasih kerna awaklah saya ada idea untuk menulis walaupun jiwa ini terasa lemas di lautan cinta yang menolak diriku..."

"cinta di dunia realiti atau cinta di dunia virtual sama sahaja, kerna ia memberi ku idea yang sama cuma berlainan konsep, sama tapi tak serupa... apa yang sama adalah jiwaku lemas.. dan yang lebih utama kesamaannya adalah... cintaku tetap bertepuk sebelah tangan di dua-dua dunia... kah kah kah... loser sial..."

"terima kasih, kerna awak saya bisa menulis cinta yang lain konsepnya... wahai awak yang saya hanya jumpai di dunia virtual...selama-lamanya..."

"aku benar-benar tak nak jatuh cinta lagi, kerna ia membuatkan jiwaku merana. tapi, kerna cintalah ku bisa ada idea untuk menulis, walaupun sepertinya ku sirami kesakitan yang ada di hatiku ini menggunakan kata-kata yang ku tulis. ku embrace cinta ini untuk hasilkan sastera rosak walaupun akhirnya jiwaku merana, terasa seksanya..."

"ku ingatkan nak hasilkan sastera indah cinta romantika walaupun cintaku tidak dibalas dan tak akan pernah dibalas selama-lamanya, tapi kerna jiwa ini sentiasa merasa lemasnya cinta, dan juga kerna mental illness ku itu, maka ku hasilkan sahaja sastera rosak... jiwaku ini dah corrupt..."

"pada mulanya, kerna cinta ku nak hasilkan sastera indah walaupun aku bertepuk sebelah tangan, tapi lama-kelamaan cinta telah melemaskan jiwaku, malah menaikkan lagi kuasa magic mental illness ku... maka sastera rosaklah hasilnya..."

"bagaimana agar ku tak lagi merasai cinta romantika? lantaklah...! biarlah ku tiada idea untuk menulis... kerna ku tak nak lagi rasa double internal suicide... double pain... double lemasnya, seksanya jiwa ku ini... double rasa merana di hatiku, kerna hasil cinta romantika bersama hasil mental illness ku itu..."

"kesedihan cinta romantika ini seronok dilayan apabila mental illness ku menyerang psikologiku... kerna mental illness ku itu seperti garam yang dicurahkan ke atas luka cinta romantika... kah kah kah..."

"love is shit... sama ada cinta bertepuk sebelah tangan atau kedua-duanya... cinta tetap shit..."

"Ahhhhhhhhh! jiwaku ini celaru akan segalanya..."

"kerna rosaknya aku... maka aku kurangkan kewujudan ku di dunia empirikal..."

"ruang kecilku ini seronok..."

"lantaklah kalau aku tak berjaya di dunia ini... kerna berjaya atau tidak... mental illnessku ini tetap ada...dan dia tetap tak akan mencintai ku...kerna dia tak akan ku temui selama-lamanya... kalau ketemu pun, cintanya untukku tak akan berputik di hatinya..."

"sampai kapan, mental illness ku menjadi sumber penulisanku... sampai kapan, cinta romantika menjadi sumber penulisanku... sampai kapan, lemasnya jiwaku hasil dua-duanya itu menjadi sumber penulisanku... sampai kapan, aku embrace dua-duanya itu...sampai kapan, aku hasilkan sastera rosak... sampai kapan, aku layan rasa lemasnya jiwaku ini, yang telah memalaskan zahirku... adakah untuk selama-lamanya?"

"sampai kapan, aku malas nak berusaha agar ku bisa berjaya di dunia ini... aku benar-benar dah hilang motivasi untuk hidup..."

"aku nak hilang sahaja dari dunia ini..."

"maafkan aku, andai sastera rosak ini merosakkan lagi jiwa si pembaca, kerna ini hasilnya apabila si mental illness merasai cinta romantika... kah kah kah..(kenapa ketawa ku ini seperti sebuah tangisan... bisa kau dengar teriakan itu... the silent scream...)"

"maafkan aku, andai sastera rosakku ini merosakkan lagi jiwamu... kerna sastera rosak sahaja yang bisa aku hasilkan untuk menemani aku dalam lautan yang melemaskan jiwaku..."

"... juga, ku kurangkan hasilkan sastera indah, kerna jiwaku ini tak layak menghasilkan sastera indah..."

Ulasan

Catatan Popular