-

aku sering tertanya-tanya, sains itu ...kaji essence atau existence..

kan sains itu adalah proses menerangkan alam berdasarkan masa, so...
adakah proses dalam sains itu menerangkan essence atau existence?

dan....
sebenarnya proses mana yang real, adakah proses yang berlaku di essence atau existence?

apa pula beza proses yang menerangkan essence dengan proses yang menerangkan existence?

jika proses yang berlaku di essence bisa dimatematikkan adakah proses yang berlaku di existence bisa dimatematikkan juga?

tapi apa beza antara essence dan existence?

dan mana yang real, essence atau existence?

dan apa hubungan essence dan existence?

adakah essence itu real, atau essence itu sekadar limit kepada existence?

adakah existence itu real atau sekadar wujud di minda manusia sahaja?

adakah existence itu ada hierkaki?

adakah essence itu ada hierkaki?

dan andai sains itu mengkaji essence, ilmu apa pula yang mengkaji existence?

dan bolehkah dengan mengkaji essence akan "bertemu" dengan existence?

dan adakah existence itu bisa diterangkan menggunakan sains?

dan mana satu yang menerangkan realiti, adakah existence atau essence?

apa sebenarnya essence? apa sebenarnya existence?

dan apa sebenarnya itu realiti?

adakah realiti itu ada kerna minda manusia ada?

adakah kesedaran manusia mempengaruhi realiti?

dan adakah realiti ada hierarki?

adakah sains bisa menerangkan realiti? seandainya boleh, sampai tahap mana sains bisa menerangkan realiti? dan ilmu apa yang boleh menerangkan realiti yang tidak bisa diterangkan oleh sains? dan adakah realiti yang diterangkan hasil tafsiran sains itu bebas nilai atau tidak?

apa pula maksud Albert Einstein apabila dia katakan bahawa adakah bulan itu wujud kerna ada tikus yang memandangnya (apabila dirinya mempersoalkan quantum mekanik)?

ilmu apa yang bisa membantu aku untuk menjawab semua soalan itu?

metafizik sufi?

ilmu kalam?

atau ilmu falsafah?

sains?

....
aku abaikan semua soalan itu..

kerna... aku tak layak untuk mempersoalkan semua soalan itu...

Ulasan

Catatan Popular