-cinta terakhirku-



Aku tak nak kahwin. Itu yang selalu aku ungkapkan kepada dunia. Itu yang selalu aku ungkapkan bila rakanku berkata cinta romantika, yang akhirnya adalah kahwin. Aku tak nak kahwin. Aku tak nak kahwin. Aku nak hidup bersendirian, tanpa perlu pasangan cinta indah.
Bila mereka kata kahwin, hati ini terasa lain, terasa sangat lain, kerna mungkin tafsiran kahwin bagi mereka, dan aku adalah lain. Dan mungkin kerna, tafsiran mereka itu lebih baik berbanding  tafsiranku, malah aku lebih suka tafsiran mereka itu, kerna mereka kelihatan gembira bila berbicara cinta, bila berbicara  hati romantika.
Aku cemburu akan mereka, kerna aku tak seperti itu. Aku cemburu akan mereka, kerna kelihatannya, hanya aku sendiri yang lemas dalam lautan cinta romantika hasil tafsiran ku sendiri, yang hanya merekahkan lagi jiwaku ini, mereputkan lagi jiwaku ini, menggelapkan lagi jiwaku ini.
“Wahai hati, kenapa kau seperti ini. Kau hanya melemaskan jiwaku, melelahkan zahirku. Aku dah penat melayan karenahmu. Wahai hati... bisa kau beri jiwaku ini pula, mengawal rasa yang ada di dalammu itu? Wahai hati, bisa kau beri mindaku pula, yang kawal  akan segala rasa yang ada di dalammu itu?”
Aku nak hidup bersendirian di dunia ini. Minta maaf kerna aku seperti ini. Minta maaf, kerna aku rosak, jiwaku ini rosak, hasil lemasnya ia, di dunia realiti yang dimanifestasikan sebagai  lautan dalam yang tiada penghujungnya, di ilusi berfantasia ku, di dalam akalku ini.
“Adrian, bila kau rancang nak kahwin?”
“Aku rancang , aku tak nak kahwin...”
“kah kah kah. Pencipta yang menentukan kau kahwin atau tidak. Kita sebagai manusia hanya merancang, dan sebaik-baik perancang adalah Pencipta. Kau rancang tak nak kahwin, tapi bila Pencipta kata kau kahwin, maka kau akan kahwin...”
“kalau begitu, apa guna kau soal  aku, sama ada aku nak kahwin atau tidak, sedangkan akhirnya kau tidak mahu dengar  apa jawapanku, apa rancanganku sebagai manusia. Aku rancang, sebagai manusia, aku tak nak kahwin.”
Aku rancang, sebagai manusia hina, aku tak nak kahwin. Aku tahu, Pencipta itu sebaik-baik perancang, tapi aku sebagai manusia juga, diberi peluang oleh-Nya, untuk rancang apa mahuku, apa perjalanan hidupku, apa usahaku, apa rancanganku, walaupun akhirnya, mungkin rancanganku itu, tidak seperti apa yang aku mahu.
Bila ku kata, aku tak nak kahwin, ramai ketawakan aku, ramai condemn aku, ramai tazkirah kan aku. Tanpa sesiapa tanya, kenapa aku tak nak kahwin.
“Adrian, aku tahu kenapa kau tak nak kahwin. Kau tak nak ikut apa yang majoriti manusia buat kan?”
“Ha ha ha...”
Itu salah satu sebab, tapi sebab itu tak lah terlalu kuat, kerna kemahuanku kahwin lebih kuat berbanding  sebab itu, andai dua-dua itu dibandingkan auranya, ke atas hatiku.
“Kau tak nak kahwin, sebab kau nak simpan duit, untuk  mengelilingi satu dunia, kan?”
“hmmmm...”
Ya, itu salah satu sebab, aku tak nak kahwin. Aku tak nak merasai cinta, hasil ikatan sah romantika, kerna ada sesuatu yang aku nak lakukan. Aku nak keliling satu dunia. Tapi harapan itu, tidaklah terlalu kuat, kerna aku takut, aku tidak boleh capai cita-citaku itu.
 Aku hidup di dunia ini, ada tugasku. Kalau berdasarkan rancanganku, aku nak kerja hanya beberapa tahun sahaja, kerna aku nak laksanakan tugasku sebagai anak sulung, dan setelah adikku habis ijazah, aku nak berhenti, dan biarlah adikku pula ganti tugasku, untuk jaga keluargaku, jaga adik bongsuku. Dan aku pula, nak keliling satu dunia, agar aku bisa lupa akan diriku sendiri, dengan sibukkan zahirku.
 “Siapa di sini, yang tak nak kahwin...”
“Madam, Adrian...”, semua tunjuk aku.
Madam itu memandangku, dengan wajah hairan.
“Adrian, kenapa awak tak nak kahwin...?”
“Hahaha.. untuk pengetahuan madam, madam lah manusia pertama, yang soal  saya kenapa saya rancang tak nak kahwin. Selama ini, tidak ada seorang pun yang soal saya, malah ramai yang beri pendapatnya sendiri, juga ada yang condemn saya. Mungkin salah saya, kerna tidak berani mengeluarkan apa yang bermain di fikiran saya.”
“Ya, itu salah awak, kerna awak hanya diamkan diri... So, kenapa awak rancang awak tak nak kahwin? Awak tak pernah jatuh cinta? Adakah awak tak mencintai seseorang, atau awak tengah tunggu seseorang?”
“Semua salah. Semua itu salah. Actually, i love someone, that i know that, she will never love me back, forever...”
Aku mencintai wanita, yang selama-lamanya, tak akan mencintaiku, seperti mana aku mencintai dirinya.
Aku tak nak kahwin, kerna aku nak dia itu adalah wanita terakhir yang aku cintai; aku nak dia itu, adalah wanita terakhir yang hati aku cintai.
Cukuplah hatiku merana kerna dia; cukuplah jiwaku rasa lemas kerna lautan cintaku ini kepada dirinya, hanya permainan fantasi ku sahaja. Aku tak nak lagi jatuh cinta. Aku tak nak lagi cari wanita yang bakal mencintai ku kembali. Aku tak nak merana lagi...
Juga kerna, aku nak dia itu, adalah satu-satunya wanita, yang aku cintai, sampai akhir hayatku.
Aku tahu, akhirnya aku akan merana. Tapi, aku belajar untuk berhenti berharap; aku dah berhenti berharap, agar dia itu jadi milikku, kerna aku tahu, aku ini siapa; aku tahu apa limit diriku. Aku dah lama berhenti berharap, akan hal-hal cinta, kerna aku tahu, aku usaha atau tidak, hasilnya tetap sama, dia itu tak akan ada ruang di hatinya, untuk diriku ini.
“Awak tak nak cari wanita lain, yang bakal mencintai awak juga, seperti mana awak mencintai dirinya?”
“Tak nak.”
Hatiku ini hanya untuknya seorang sahaja. Aku nak belajar, agar hatiku ini hanya untuknya seorang sahaja, walau aku tahu, akhirnya aku sendiri lemas, atas kebodohan ku. Tapi, aku tak nak, lari dari rasa cinta ku ini, dengan mencintai wanita lain. Bagaimana ku bisa kata, cinta ku ini real; aku hanya mencintai dirinya seorang sahaja, bila di saat dia tidak mencintai ku, aku bisa pula cari wanita lain untuk dicintainya. Boleh aku kata aku hanya mencintai dia seorang sahaja, tapi di kala cintaku tidak di balas, aku mencintai manusia lain, aku mencari wanita lain untuk dicintai, bolehkah seperti itu?
Ya, boleh, kerna hati ini, tidak bisa dikawal, kerna itu, aku berharap agar selama-lamanya aku tak akan jatuh cinta lagi, selama-lamanya aku tak akan mencari wanita yang bakal mencintaiku kembali.
“Aku tak berharap kepada Pencipta, agar wanita itu membalas cintaku. Aku hanya berharap kepada Pencipta, agar aku tak akan lagi jatuh cinta selama-lamanya, kerna aku nak wanita yang ku cintai itu, adalah wanita terakhir yang ada di hatiku. Aku bukan sekadar belajar untuk move on,  aku juga belajar agar aku bisa kawal hatiku ini, agar ia tak lagi jatuh cinta, selama-lamanya; sehingga akhir hayatku, aku hanya nak dia sahaja di dalam hatiku... walau aku merana, dalam proses menerima kenyataan... “
Ada kalanya, bila cinta seseorang itu ditolak, dia akan move on, dengan cara mencari wanita lain untuk dicintai. Tapi aku, aku tak nak seperti itu. Aku rela merana belajar untuk lupakan dirinya, tanpa perlu aku kacau cinta yang ada di hatiku, dengan mencintai wanita lain. Kerna aku nak, cintaku kepadanya kekal di hatiku; aku nak dia itu adalah last memory cintaku.
Aku tahu aku salah, kerna belajar tidak mahu jatuh cinta lagi; kerna tidak mahu cari wanita lain yang mencintaiku kembali...
Aku tahu aku salah, kerna pilih untuk tidak akan lagi jatuh cinta, kerna pilih tetap mencintai wanita itu.. walau aku tahu, selama-lamanya senyumannya itu tidak akan pernah menjadi milikku..
 Tapi, aku terima itu... kerna aku dah biasa sakit kerna cinta...


Jangan ikut cara aku ini. Carilah cinta, kerna di luar sana, pasti ada seseorang yang bakal mencintai dirimu, seperti mana kamu mencintai dirinya. Percayalah kata-kata ku ini...
Tak salah jatuh cinta lagi, di kala seseorang yang kau cintai tidak mencintai dirimu kembali. Ia tak salah. Tak pernah salah. So, jangan sesekali ikut caraku ini. Jangan sesekali belajar untuk tidak jatuh cinta lagi di kala cintamu ditolak.
Good luck hidup...







Ulasan

Catatan Popular