-tentang aku [11]-

katanya
"andai dunia ada hujungnya, ada bucunya, dia itu akan ke sana, dia itu akan cari hujung dunia, dia itu akan cari bucu dunia. kerna dia bisa bersembunyi di situ, agar kewujudannya tak akan pernah disedari oleh sesiapa pun, kalau disedari pun sekadar common sense dalam bermasyarakat; dalam aktiviti harian sahaja. dia itu bayang-bayang. dia suka jadi bayang-bayang, sangat suka. malah, kewujudannya di dunia empirikal pun telah dia kurangkan. tapi, kerna cinta, dia mula mempersoalkan segalanya. tiba-tiba, bayang-bayang nak menjadi objek. bukan kerna agar manusia lain memandang tinggi dirinya, tapi hanya kerna agar wanita yang dia cintai itu memandang dirinya, sebagai lelaki hebat, dan berjaya. dia nak bersifat objek, dan buang sifat bayang-bayang yang ada dalam dirinya, juga luar zahirnya, walaupun dia tahu, dia menjadi objek atau tidak, hasilnya tetap sama, wanita itu tak akan pernah membalas cintanya. tapi, bukankah hati itu bodoh, maka dia tetap nak bersifat objek.

kerna cinta manusia berubah. kerna adakalanya cinta menyebabkan manusia kelihatan seperti orang bodoh."

"bayang-bayang tetap bersifat bayang-bayang, walaupun dia dah bersifat objek secara zahirnya, secara auranya, kerna bayang-bayang tak akan pernah sesekali bersifat objek. tapi, hati tetap bodoh.ia memang bodoh. masih dia berilusi. semua itu hanyalah delusi bodoh, oleh hati bodoh, kata akal."

Ulasan

Catatan Popular