-tentang aku [36]-

katanya
"ia datang lagi. kan, seperti yang pernah aku katakan, mental psikologiku datang lagi, di kala aku semakin sedar di dunia delusi cintaku."

"rasa 'down' yang ada di hatiku, hanya ditemani lagu. aku tidak mahu luahkan apa yang aku rasa di hatiku ini kepada dunia empirikalku, kerna bagiku, ia sia-sia sahaja. daripada aku luahkan, lebih baik aku simpan ia, dan belajar untuk senyum di dunia empirikal, walaupun hati ini rasa 'down' sangat."

"hatiku rasa sedih, sakit, seksa, down. tapi, air mataku sepertinya dah habis, dan aku tidak lagi coba lawan semua itu, aku hanya terima ia, tanpa buat apa-apa. apabila aku rasa down, aku hanya melihat kipas di atas ruang kecilku, tanpa buat apa-apa pun. aku hanya layan hati ini, berteman lagu kesedihan. aku layan kesedihanku, tanpa perasaan sedih, sekadar perasaan kosong sahaja di hatiku. mungkin kerna, aku dah terbiasa merasa kesedihan, sehinggakan aku anggap, semua perasaan yang ada di dunia ini hanya delusi sahaja, hanya kekosongan sahaja."

"kipas berpusing tanpa perasaan, walaupun habuk menghalang dirinya untuk berputar laju. begitu juga aku, aku hidup di dunia ini tanpa perasaan, tanpa coba ada perasaan lagi, walaupun sebuah kegembiraan datang, walaupun sebuah kesedihan datang. aku dah tak tahu macam mana nak rasa gembira, macam mana nak rasa sedih, kerna aku dah malas akan semua itu. buat apa nak rasa sedih. buat apa nak rasa gembira."

"aku dah penat, dengan aku yang ini. aku benar-benar dah penat. dan, aku penat nak senyum lagi di dunia empirikal. aku penat nak gembira lagi di dunia empirikal. aku penat nak gelak riang lagi di dunia empirikal, bila mana hatiku nak teriak, dan jiwaku nak hancurkan segalanya kerna, aku rasa kosong. bila aku senyum, hati ini terasa kosong. bila aku sedih, hati ini juga tetap rasa kosong."

"tapi, akhirnya aku tetap senyum di dunia empirikalku."

Ulasan

Catatan Popular