-tentang cinta [16]-
katanya
"ada yang kata, dalam proses pencarian cinta, seseorang itu akan rasa terluka, sebelum dia berjumpa dengan seseorang yang sesuai untuk dirinya. tapi, aku yang dah lama tak nak mencari cinta, kenapa juga terluka kerna cinta, kenapa? kenapa aku juga jatuh cinta, sedangkan aku dah buat keputusan untuk hidup bersendirian?"
"aku nak hidup bersendirian..."
kenapa kau nak hidup bersendirian?
"kerna, aku takut aku ditinggalkan... setelah hidup bersama...
...dan, aku baru jumpa alasan baru kenapa aku nak hidup bersendirian...
kerna aku nak cintanya sahaja; aku tak nak lari lagi dari cinta..."
"dulu, aku tak nak cari cinta, kerna aku nak hidup bersendirian, tapi aku sedari bahawa hati ini tidak bisa dikawal; ia tetap jatuh cinta juga, maka aku katakan kepada hatiku bahawa wanita itu sahaja yang kau harus cintai, yang terakhir yang kau cintai, tanpa perlu lari dari cinta andai dia tidak membalas cinta kau... (kataku kepada hatiku)..."
"... itu sahaja cara aku agar selama-lamanya hati ini tak akan jatuh cinta lagi...
'hati mesti merasai cinta, so... aku akan mencintai wanita itu, tapi dengan syarat; wanita itu adalah wanita terakhir yang kau cintai, wahai hati...!
walaupun, selama-lamanya cinta kau hanya bertepuk sebelah tangan...' "
"itu sahaja caranya, agar selama-lamanya aku akan hidup bersendirian, agar selama-lamanya aku tak akan jatuh cinta lagi..."
"...walaupun, aku merana."
"tapi, aku tahu ada penawarnya...
aku tak nak mencari cinta manusia, aku nak cari cinta Pencipta..."
Ulasan
Catat Ulasan