-tentang cinta [76]-

hatinya menangis kerna dia mencintai wanita, yang dia tahu, wanita itu tak akan pernah mencintai dirinya, seperti mana dia mencintai wanita itu.

hatinya berteriak setiap waktu, berteriak diam, the silent scream, kerna dia rasa perit, sangat-sangat perit, hasil cinta yang hanya ada di delusinya sahaja.

air matanya jatuh, kerna cinta menikam hatinya, menambahkan lagi luka, yang sedia ada, luka hasil dirinya ditelan dunia empirikalnya.

dia menangis di kala dia bersendirian, kerna dia merindui wanita, yang dia tahu, wanita itu tak akan pernah merindui dirinya, seperti mana dia merindui wanita itu.

dia sangat mencintai wanita itu, dan cinta yang ada di hatinya itu, seperti pisau ilusi, yang sentiasa menikam hatinya, setiap waktu, di kala dia berduka, dan dikala dia tersenyum indah di zahir.

senyumannya itu, ditemani duka di hati, hasil cinta yang tidak berbalas. hatinya menangis setiap waktu, tapi mulutnya sentiasa senyum, dan senyum.

dia ketawa riang walaupun matanya ingin mengeluarkan air mata. dia senyum indah, walaupun hatinya terasa seksa. zahir dirinya aktif walaupun hatinya lelah. dia hidup, walaupun enthusiasm di hatinya semakin pudar.

dia menangis, sentiasa menangis, di dalam hatinya. cinta benar-benar menyeksakan dirinya. ingin dia lari dari semua itu, tapi akhirnya, cinta tetap datang jua.

Ulasan

Catatan Popular