-tentang dia [38]-
katanya
"terima kasih, kerna muncul di dunia kecilku, walaupun dikau, hanya khayalanku, hasil aku tenggelam di lautan maya."
"terima kasih, kerna muncul di ruang hatiku, walaupun dikau, tak akan pernah kenali akan diriku, tidak akan pernah sedari akan kewujudanku."
"terima kasih, kerna muncul dalam dunia delusiku, walaupun dikau, jauh di empirikalku, sangat-sangat jauh."
"terima kasih, kerna dikau tunjukkan dirimu di dunia maya, walaupun aku tahu, sangat-sangat tahu, aku ini bodoh, kerna memilih cinta delusi."
"terima kasih, kerna kau memberi warna kepada karyaku, walaupun warna itu, tidak secantik senyumanmu."
"terima kasih, kerna kau memberi pelangi kepada sasteraku, walaupun sasteraku ini, tidak seindah tawa riangmu."
"terima kasih, kerna kau berjaya mencuri hatiku, walaupun aku merana, kerna lemas dalam lautan cinta delusiku sendiri."
"terima kasih, kerna personalitimu menaikkan enthusiasm ku ke atas karya sasteraku, walaupun hanya diriku seorang sahaja yang membacanya."
"terima kasih, kerna kewujudanmu di delusiku, menaikkan semangatku untuk hidup di empirikalku, walaupun aku tahu, semangat itu hanya ilusi hasil delusiku sahaja."
"terima kasih, kerna tidak bersembunyi daripada dunia, hinggakan aku boleh, mengenali dirimu, di dunia maya, walaupun hanya aku sahaja yang mengenali dirimu."
"terima kasih, kerna berusaha bersungguh-sungguh, agar dunia mengenali dirimu, hinggakan aku boleh jatuh cinta, untuk pertama kalinya, di dunia delusi maya."
"terima kasih, kerna memberi memori, dalam hidupku, walaupun memori itu, hanya aku seorang sahaja, yang merasai keindahannya."
"terima kasih, awak...
aku berdoa kepada Sang Pencipta, agar kau ditemui dengan lelaki yang baik, yang akan menjagamu sehingga akhir hayatmu, yang akan memberimu kegembiraan hidup yang real."
"aku yang jauh di sini, hanya bisa berharap itu, kerna aku tahu, berdasarkan akalku, cintaku ini hanyalah delusiku sahaja, untuk lari daripada kepahitan hidup, di empirikalku sendiri."
"aku yang jauh di sini, hanya boleh berharap delusi, agar cinta ini, dibalas olehmu."
"terima kasih, kerna engkau muncul di dunia kecilku."
Ulasan
Catat Ulasan