[65]
angin berbayu
ritma liriknya sepi
aku sendiri.
hujan berenyai
bunyinya lelah sayu
bagai jiwaku.
kilat bersaing
peneman hujan malam
tapi jauhnya.
menari sunyi
ditemani melodi
sepi sayunya.
gelapnya malam
rembulan bersembunyi
tanpa bebintang.
cariku rindu
dalam kosongnya hati
pencinta sepi.
wahai Pencipta
mahu ku lautan cinta
dekat diri-Mu.
Ulasan
Catat Ulasan