-
terbang dia mencari bunga di awangan
jumpa dia sang pari sedang menangis
hulur dia tangan bertanya soal
senyum dia di kala sang pari memandang
pegang dia tangan si sang pari
bawa dia terbang ke dunia khayalan
cinta dia mula berputik
dunia dia mula berwarna warni.
bawa dia sang pari ke pintu gerbang
angkat dia tangan ucap perpisahan
hati dia mula bersayu
minda dia mula merana
kerna...
cinta dia mula mekar di sangkar hatinya
ingin dia buka sangkar itu luas-luas
tapi,
baru dirinya sedar,
sang pari itu hanya delusinya,
sahaja.
Ulasan
Catat Ulasan