-cinta-

dia seekor cacing,
ingin mencari cinta sang rama-rama.
cacing yang suka berkurung di dalam tanah, bersendirian,
tanpa ada harapan,
tanpa ada usaha untuk menjadi rama-rama, kerna dirinya tahu,
usaha atau tidak hasilnya tetap sama,
selama-lamanya dia tidak akan pernah menjadi rama-rama.
tapi, dia tetap menyimpan harapan cinta,
bahawa suatu hari nanti,
dia ingin luahkan cintanya
kepada sang rama-rama itu.
berimpianlah si cacing,
berdelusi dia dengan ilusi cintanya
kepada sang rama-rama.
dia tahu, impiannya itu sebuah delusi
tapi, jauh di dasar hatinya
dia benar-benar mencintai
sang rama-rama itu.

Ulasan

Catatan Popular