-dalam tawanya-
katanya
"dalam tawaku ini, ada nama seorang wanita, nama yang selalu membuatkan diriku merasa sepi, selepas aku puas ketawa."
"dalam tawaku ini, ada nama yang sentiasa bermain di mindaku, nama yang selalu membuatkanku merasa sunyi, sangatlah sunyi, selepas aku puas ketawa."
"dalam bisingku ini, ada tangisan seorang perindu. rasa rindu yang aku sendiri tidak tahu, apa penawarnya. ada penawarnya, iaitu aku jumpa dia, tapi aku sendiri tidak terdaya untuk mencari dirinya. apa yang mampu aku lakukan hanyalah, berharap delusi akan cinta."
"dalam riangku ini, ada kesayuan. sayu seorang pencinta yang kalah sebelum berjuang. kerna, hasilnya tetap sama, sentiasa tetap sama, sama ada aku usaha atau tidak... ... ... mungkin."
"dalam senyumanku ini, ada kedukaan, yang aku tidak tahu, bagaimana nak luahkan, bagaimana nak tunjukkan. apa yang aku tahu hanyalah, berteman dengan lagu, yang bermelodi sayu, sepi, duka. kerna itu, kebanyakan lagu dalam playlist handphone ku, bermelodi sayu, sepi, duka..."
"di kala, hatiku rasa lemas kerna cinta, ingin ku mengalirkan air mata, tapi air mataku tak juga jatuh, malah mulutku senyum, bisingku berkata-kata, riangku ketawa, mungkin- untuk menyembunyikan segalanya, daripada dunia, atau mungkin, aku dah tak percaya, bahawa air mata bisa menjadi penawar duka."
"aku tak nak mengalirkan air mata, kerna aku nak latih akan hatiku, untuk terima semua ini seadanya, dengan senyuman."
"aku senyum walau hatiku duka bukanlah sebuah lakonan, ia adalah caraku belajar untuk kurangkan rasa duka di hati... tapi kenapa, semakin aku banyak senyum, semakin sepi jiwaku ini, semakin sunyi rasa jiwaku ini? kenapa?"
"kenapa, aku jadi seperti ini?"
Ulasan
Catat Ulasan