-loser (first draft)-
sumber inspirasi: LOSER Big Bang
Loser, loner, sampah
dalam khayalanmu kau seorang hero
tapi realitinya kau hanya seorang yang tidak berguna
dalam fantasimu kau seorang yang kuat
tapi realitinya kau hanya seorang yang penakut
dalam luaranmu kau dipandang hebat
tapi dalam dirimu, kau tahu bahawa kau seorang
pengalah
secara jujurnya aku tidak diperlukan di dunia ini
aku tidak sesuai hidup di mana-mana
i’m not belong to anywhere
aku sentiasa berseorangan
aku sentiasa rasa
berseorangan
walaupun aku dalam
khalayak ramai
di mana pun aku berada
aku sentiasa rasa
sunyi, sepi, kosong
sepi, kosong, sunyi adalah teman terbaikku
yang sentiasa
menemaniku di dunia realitiku
ilusi, delusi, melodi, muzik, lirik adalah teman terbaikku
yang sentiasa menemaniku
di dunia fantasiku
aku dah lama sedar, aku ini
loser,
loner
a
coward who pretend to be tough
a
mean delinquent
in
the mirror, you’re
just
a loser
a
loner, a jackass covered in scars
dirty
trash
ada ketikanya
aku sangat takut
melihat cermin
kerna
dalam cermin itu ada aku
aku
takut lihat aku
akhirnya aku pilih untuk tidak lagi melihat cermin
ada ketikanya
aku takut pergi ke
tempat yang terang
kerna
aku takut aku lihat aku
kerna
aku takut pandangan manusia
akhirnya aku pilih untuk berkurung di ruang kecilku
sehingga akhir
hayatku.
lama-kelamaan aku takut manusia
aku takut pandangan mata manusia
aku
takut luahkan segalanya kepada manusia
aku penat untuk luahkan rasa yang ada di hatiku
kerna itu aku coba
belajar senyum
tapi,
kenapa senyumanku ini umpamanya sebuah lakonan
kenapa
aku rasa senyuman ini kosong, bodoh
mungkin kerna aku ini
loser,
loner
a
coward who pretend to be tough
a
mean delinquent
in
the mirror, you’re
just
a loser
a
loner, a jackass covered in scars
dirty
trash
hatiku mencintai seorang wanita
tapi aku selalu anggap
diriku tidak layak untuk dicintai
kerna
bagaimana aku berharap
seseorang akan mencintaiku
bila
aku sendiri tidak pernah mencintai diriku sendiri
maka, aku lari, tanpa lagi mencari cinta
tanpa lagi berusaha
cinta
aku lari dari hati aku sendiri
aku lari dari cintaku
sendiri
aku
lari dari wanita itu
aku
pilih lari dari impianku sendiri
aku pilih lari dari segala-galanya tentang aku.
aku selalu memaki diriku
aku benci akan diriku
aku
benci segalanya tentang aku.
loser, loner
a coward who pretend to be tough
a mean delinquent
in the mirror, you’re
just a loser
a loner, a jackass covered in scars
dirty trash
sekarang ini, aku tidak tahu apa itu gembira
aku tidak tahu bagaimana nak gembira
apa yang aku tahu hanyalah senyum
dan belajar coba ketawa gembira
walaupun sebenarnya hatiku rasa kosong
sangat kosong, bila merasai akan ‘kegembiraan’
di kala dunia menelan hidupku
di kala hidupku hancur berkecai
aku hanya mampu diam
sambil memandang ia tanpa rasa apa-apa lagi
tanpa usaha apa-apa lagi
air mataku nak jatuh
tapi hatiku dah lama penat
nak menangis lagi
dan aku hanya diam tanpa berbuat apa-apa
di kala hidupku pecah berkecai
di kala aku menjadi sampah
dipandang sampah.
maka itu, aku sampahkan segalanya tentang aku
tentang impianku, tentang cita-citaku, tentang
minatku, hatiku, mindaku, jiwaku
aku dah lama sampahkan aku
sendiri.
aku tidak perlukan manusia memandang aku loser
kerna aku sendiri dah lama memandang diriku
sebagai
loser,
loner
a
coward who pretend to be tough
a
mean delinquent
in
the mirror, you’re
just
a loser
a
loner, a jackass covered in scars
dirty
trash
aku dah lama jatuh
jatuhku ke dalam lembah kegelapan
yang tiada penghujung
dalamnya
jatuhku ke dalam lembah itu
tiada sesiapa yang ingin tahu ia
tiada
sesiapa yang hendak menghulurkan
tangannya untuk menolongku
kalau ada pun
aku pilih untuk tidak
menyambut tangannya
kerna
aku dah terbiasa di dalam lembah ini
aku dah terbiasa akan semua
ini kerna aku seorang
loser, loner
a coward who pretend to be tough
a mean delinquent
in the mirror, you’re
just a loser
a loner, a jackass covered in scars
dirty trash
in the mirror, i'm a
LOSER
Ulasan
Catat Ulasan