-namanya [44]-

inskripsi cintaku ini ku pahat ia dalam hatiku
mengingatkan aku akan cinta ini, buat selamanya

namamu sentiasa bermain dalam minda sedarku
arah hatiku agar sentiasa kekalkan cintaku padamu
yang semakin hari dikalahkan oleh logik akalku.
episode cintaku padamu, tidak ingin aku akhiri
onar manapun empirikalku tetap aku pilih kamu
namamu sahaja yang terpahat kekal di hati ini.

cintaku ini memang penuh dengan delusi bodohku
inilah saja tempat ku berkhayal cinta romantika
naratif kisah yang aku fantasikan ke dunia sastera
tidak akan aku keluar dari delusi sampahku ini
aku pilih untuk terus berada dalam penjara ilusi ini
kerna penjara ini sahaja tempatku sembunyikan diri
untuk aku lari dari aku sendiri, dan lari dari dunia.

indah mana pun sebuah cinta di empirikal
namun aku tetap pilih cinta delusiku ini
ingkar aku akan kerasionalan akal logikku.

rela aku sesak nafas di penjara delusiku ini
elak aku keluar ke rasional dunia empirikal
aku tetap pilih untuk cintai kau hingga akhir hidupku.
loser... i am a loser... lonely, trash...

Ulasan

Catatan Popular