-sebuah khayalan terindah-
indahnya sebuah khayalan
lari dia dari realiti empirikalnya
masuk dia ke dalam dunia khayalannya
bersendirian di sana merasai ilusinya sendiri
bersama lagu peneman kesepian jiwanya.
terasa perit hidup di dunia empirikal
terjun dia ke lautan delusi
merasai keindahan delusi
senyumnya nampak real di empirikal
walaupun realitinya - senyuman itu hasil delusi.
kerna terlalu lama tenggelam lemas di sana
di kala dia kembali ke dunia empirikal
dirinya keliru akan segala-galanya
dan dia pilih untuk kembali ke dunia itu
walaupun dunia itu hanya fantasinya sahaja.
kerna terlalu lama di penjara di dunia delusi
di kala dirinya dilepaskan ke dunia empirikal
dia mula bingung akan empirikalnya, dan
dia mula benci akan empirikalnya
akan dirinya sendiri, di dunia empirikalnya.
kerna terlalu lama berfantasi yang penuh ilusi
dia tidak merasai apa-apa lagi
di kala dunia empirikalnya memaki dirinya
menjatuhkan dirinya, menghina dirinya
dia dah hilang perasaannya di dunia empirikalnya.
kerna sentiasa memilih masuk ke delusinya sendiri
dia mula abaikan dunia realiti empirikalnya
hinggakan di kala dunia empirikalnya hancur
dia hanya pandang sahaja tanpa rasa apa-apa
dia hanya pandang sahaja tanpa berbuat apa-apa.
kerna sibuk dia di dunia fantasinya sendiri
dia memilih untuk kurangkan dirinya
kurang dia wujud di dunia empirikalnya
dan, dia pilih cinta ilusi sahaja
menjauhi dia cinta romantika di empirikalnya.
di kala ada seorang insan mencintai dirinya
di dunia empirikalnya, di realitinya
dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan
dia tidak tahu apa yang perlu hatinya rasa
di kala dia tahu ada seseorang mencintai dirinya
dan dia tidak tahu sama ada ia real atau ilusi
kerna,
'bagaimana dia boleh dicintai seseorang di dunia empirikalnya, sedangkan dia membenci dirinya sendiri, sangat-sangat benci. malah, manusia yang dia benci di dunia empirikalnya, adalah dirinya sendiri.'
'tak logik, andai dirinya dicintai. kerna, bagaimana dirinya boleh berharap seseorang bakal mencintai dirinya, sedangkan dia sendiri membenci dirinya, sangat-sangat benci.'
'bagaimana seseorang yang membenci dirinya sendiri, boleh berharap agar suatu hari nanti seseorang akan mencintai dirinya?"
Ulasan
Catat Ulasan