-tentang cinta [101]-

katanya
"dia dah sangat jauh, sangat-sangat jauh. adakah suatu hari nanti, aku boleh berdiri setaraf dengan dirinya. adakah suatu hari nanti, aku layak berdiri di depannya?"

"soalan yang sepatutnya, yang aku patut tanya diriku adalah, adakah suatu hari nanti, aku boleh berjumpa dia, dan adakah di masa itu, aku layak berdiri di depannya, dan adakah aku berdiri di depannya sebagai manusia hebat, atau sekadar peminat delusi sahaja?"

"aku ada harapan. suatu hari nanti, aku nak jumpa dia, dan aku nak confess cintaku ini. di masa itu, aku nak dia pandang aku, sebagai manusia hebat, bukan sekadar peminat delusi sahaja."

"... walaupun, semua ini hanya harapan delusiku sahaja. tapi, bagiku, delusi mana pun harapan ini, ia tetap beri aku sesuatu, di dunia empirikalku."

"aku akan terus berharap, dan berharap, walaupun semua ini khayalan delusi sahaja; walaupun ada yang kata semua ini hanya sia-sia sahaja."

"... aku tak nak lari lagi, dari cinta. aku tak nak lari lagi, dari hatiku. aku tak nak lari lagi, dari harapanku. aku tak nak lari lagi, seperti mana aku lari dari cinta, dari hati, dan dari harapanku sendiri, seperti yang aku pernah lakukan, suatu masa dahulu."

Ulasan

Catatan Popular