-andai-

05:46 pm

katanya:

aku berjanji kepada hatiku,
bahawa aku akan mencintai dirimu,
sehingga akhir hayatku,
walaupun cintaku ini,
sekadar sendiriku...

andai suatu hari nanti,
aku mencintai wanita lain,
maknanya, itu bukanlah cinta,
tapi pelarianku dari cintaku,
terhadap dirimu.

*
mereka kata,
cinta itu adalah pencarian,
tapi bagi diriku,
cinta itu bukanlah pencarian,
tapi cinta adalah pelarian,
kerna, manusia sentiasa lari,
lari dari hatinya sendiri,
untuk mencari cinta lain,
setelah cintanya ditolak.

aku tak seperti itu...
bagiku, cinta itu bukanlah pencarian,
juga bukan pelarian,
tapi cinta adalah kekal mencintai dirinya,
sehingga akhir hayatku,
walaupun selama-lamanya,
dia tak akan pernah membalas cintaku,
tak akan pernah.

Ulasan

Catatan Popular