~
katanya:
Jiwa yang dah lama
Merasai kesedihan depresi
Akan cenderung
Berteman dengan melodi
Yang berunsur kesayuan,
Dan menganggap melodi itu
Sebagai bunga kegemarannya,
Kerna hanya bunga itu sahaja
Yang bisa mendatangkan
Erti 'kegembiraan'
Ke dalam hatinya,
Walaupun dirinya tahu
Sangat-sangat tahu
Bahawa : -
Makna kegembiraannya itu
Tidak sama maknanya
Dengar erti kegembiraan
Yang sebenarnya.
Ulasan
Catat Ulasan