~
katanya:
Ada sebuah cerita
Di mana seorang lelaki
Terkena sumpahan
Bahwa selama-lamanya
Dia hanya akan
Mencintai wanita itu
Walaupun dia coba
Mencintai wanita lain.
Dia tidak boleh
Mencintai wanita lain
Selain wanita itu
Kerna itu akibatnya
Dia menolak realitinya.
Dia benci akan realitinya
Dan dia gunakan wanita itu
Sebagai caranya lari
Dari dirinya sendiri.
Akibatnya dia terkena
Sumpahan cinta itu.
Dia rela sahaja
Kerna dia dah penat
Akan segala-galanya.
Apa yang dia lakukan hanyalah
Sibukkan dirinya dengan
Mengelilingi dua dunia
Iaitu dunia realiti
Juga dunia delusi
Untuk lupa sementara
Rasa seksa di hatinya
Kerna mencintai wanita
Yang selama-lamanya
Tak akan pernah
Membalas cintanya.
Dia sibukkan zahirnya
Agar dia bisa lupa sementara hatinya
Dengan menggunakan dunia
Realiti empirikalnya.
Dia sibukkan hati dan mindanya
Agar dia bisa lupa sementara cintanya
Dengan menggunakan dunia
Delusi maya.
Tapi, semuanya itu
Hanya menyeksa dirinya
Sendiri.
Itu akibatnya
Kerna tak nak terima
Realiti hidup.
Ulasan
Catat Ulasan