-ku ingin kelilingi dunia-
12:34 am
berjalanku mengelilingi dunia
ingin mencari sesuatu yang hilang
dalam hatiku.
aku pergi ke mana aku nak pergi
pantai, air terjun, gunung, pulau
tapi, apa yang aku cari
tak juga aku temui
malah aku sendiri tidak tahu
apa sebenarnya yang aku cari.
apa sebenarnya yang hilang dari hatiku?
apa sebenarnya yang hilang dalam hatiku?
sentiasa aku melihat rembulan
sambil bertanya kepada alam
sebenarnya apa yang hilang dalam hatiku ini
aku dah mengelilingi dunia, melihat dunia
tapi kenapa, akhirnya hatiku rasa kosong
kosong yang teramat sangat...
sebenarnya hatiku nak apa?
mungkinkah kerna aku suka bersendirian
hinggakan hatiku sentiasa rasa sepi, sunyi, pilu, duka, sedih...
adakah aku perlu cari teman hidup
untuk hilangkan kekosongan yang ada di hatiku ini?
adakah aku perlu masuk ke khalayak ramai
agar hatiku tak lagi disapa oleh kekosongan jiwaku?
tapi, semua itu
akhirnya hanya menambah lagi
rasa sunyi di hati
rasa kosong di hati.
*
ku sedari bahawa
tujuanku mengelilingi dunia
sebenarnya nak lari dari diriku sendiri
nak lari dari segala-galanya mengenai aku.
adakah kekosongan
yang ada di jiwaku ini
sebenarnya perlu di diisi
dengan Cinta
bukan lagi di isi dengan cinta.
tapi, bagaimana?
Ulasan
Catat Ulasan