-tentang sastera [101]-

04:39 am - 07:35 pm

katanya:

"secara officialnya, dia menjadi sumber inspirasi sasteraku pada 25/02/2017, dan pada hari itu, secara officialnya, aku dah mula mencintai dirinya, sangat-sangat mencintai dirinya."

"sejak hari itu, dia telah mengubah arah sasteraku."

"pernah, aku berharap, agar aku jatuh cinta, agar aku bisa hasilkan sastera cinta. akhirnya, aku benar-benar jatuh cinta, walaupun sekadar delusional love + unrequited love."

"sebelum ini, aku pernah menulis karya cinta, tapi wanita itu tidaklah membuatku berharap, sekadar membuatkan psikologi ku bertambah gelap sahaja... dan, karya 'cintaku' itu juga, tak lah seperti karya cinta, sekadar karya psikologi hasil cinta...

dia sekadar aku jadikan sebagai peneman psikologiku, tapi wanita yang sekarang ini lain, kerna dia selamatkan aku daripada psikologiku sendiri, walaupun dia ada nun jauh di sana...

dan dia benar-benar ubah karya sasteraku, bukan sekadar psikologi hasil cinta, malah aku dah lama tak tulis mengenai sastera hasil psikologi gelap depression; major depressive disorder, borderline personality disorder, social anxiety, bipolar disorder."

"berdasarkan pengalamanku menulis, menulis mengenai cinta lebih indah, berbanding menulis mengenai psikologi gelapku, atau ideologi, kerna menulis ideologi hanya menyakitkan hati manusia lain, tapi... andai aku menulis mengenai cinta pula, hanya aku yang tersakiti, hanya hatiku yang merana, tanpa kacau hidup manusia lain, kerna hanya aku yang lemas di lautan cinta delusiku."

"aku pernah menulis, pada 16/03/2017, bahawa aku tak nak berumah tangga, aku tak nak bercinta, aku tak nak mencari cinta romantika, tapi... pada suatu hari, aku sedar, aku dah mencintai wanita itu. dan, sejak pada hari itu, aku dah mula berimpian dan berharap cinta,

dan... aku tak nak lari lagi dari cinta; aku nak jadikan dia, sebagai wanita terakhir, yang aku cintai."

"aku menulis semua ini, bukan untuk sesiapa, tapi untuk wanita itu, walaupun aku tahu, sangat-sangat tahu, dia tak akan pernah tahu, bahawa dia adalah sumber inspirasi karyaku ini."

"tapi, terima kasih, kerna muncul di dunia kecilku, walaupun awak tak akan pernah kenal diriku, dan tak akan pernah tahu, akan kewujudanku di dunia ini...

akhir sekali, aku berdoa kepada Sang Pencipta agar awak diberi hidayah, dan diberikan lelaki yang baik, yang mencintai dirimu, sehingga akhir hayatmu."

"... melihat dirimu gembira, dah cukup bagiku, tanpa perlu dirimu membalas cintaku ini. kerna, aku tahu, sangat-sangat tahu, apa realitiku, apa kesudahan kisah cintaku ini."

"apa yang mampu aku lakukan hanyalah, aku berdoa kepada Sang Pencipta, agar dirimu adalah wanita terakhir yang aku cintai, sangat-sangat cintai."

"sekali lagi, terima kasih, kerna muncul di dunia kecilku... wahai kamu yang ada jauh di sana."

soalku:
"siapa wanita itu?"

katanya:
"rahsiaku."

Ulasan

Catatan Popular