-tentang sastera [83]-
katanya
"dalam dunia sasteraku, aku adalah orang ketiga, kerna aku takut untuk jadi orang pertama."
"dalam dunia delusi karyaku, aku adalah orang ketiga, kerna itu adalah salah satu caraku, untuk aku bersembunyi dari dunia."
"dalam dunia ilusi sasteraku, aku lebih memilih untuk jadi orang ketiga, berbanding daripada menjadi orang pertama."
"dalam dunia delusi sasteraku sendiri, aku lebih suka menjadi pemerhati, daripada menjadi watak utama."
"dalam dunia karya sasteraku, aku bukanlah orang pertama/watak utama, kerna aku takut untuk dikenali dan dinilai oleh manusia."
"aku di mana-mana sama ada di dunia sastera atau empirikal, lebih suka, menjadi bayang-bayang, daripada objek, kecuali di atas pentas. kerna, di atas pentas sajalah, aku boleh tunjukkan aku yang tersendiri, dan yang tersembunyi."
Ulasan
Catat Ulasan