~kisahnya~
katanya:
Aku minat fakta, sangat-sangat minat
Malah ia kadang-kadang memberiku anxiety
Yang menyebabkan aku payah, teramat payah
Nak menutup mataku di setiap malam hariku.
Tapi, aku tak seberapa minat, tak terlalu minat
Untuk sebarkan fakta ke dunia ini, di alam ini.
Apa yang aku terlalu minat hanyalah
Hasilkan sesuatu yang berbentuk ilusi
daripada fakta atau maklumat yang aku tahu.
Dalam bahasa mudahnya, yang bisa difahami;
Aku mencari ilham dalam setiap fakta/maklumat
Untuk hasilkan sesuatu karya delusi
Yang penuh dengan ilusi khayalanku...
Khayalan yang penuh dengan kisah real, mungkin.
Kerna itu, aku memberi nama
Kepada shadow-ku itu
Sebagai 'sipencarifantasia'
Agar ia memberi nilai 'ke' persona-ku
Beza dari persona-ku yang lain.
Malah persona-ku itu lebih real 'realitinya'
Berbanding persona-ku yang lain.
Tapi, secara jujurnya, persona-ku itu
Hampir sama 'realitinya' dengan shadow-ku.
Mungkin, ia adalah shadow bukan persona,
Shadow yang telah 'keluar' menjadi persona.
*persona dan shadow dalam pandangan ilmu psikologi.
Ulasan
Catat Ulasan