~nasibnya~

Aku jumpa seseorang
Umurnya dah tua
Hidupnya bersendirian
Kerna dirinya tak pernah kahwin.
Dikatakan dia itu bodoh,
Kerna setia kepada cinta
Unrequited love-nya.

Diceritakan pada suatu hari
Terjumpa dia wanita itu.
Hidup wanita itu indah
Sangat-sangat indah,
Berbanding hidup dirinya.
Kata lelaki tua itu
'Nasib baik, dia tidak membalas cintaku,
Andailah dulu dia membalas cintaku
Pasti hidupnya tidak seindah
Hidupnya yang sekarang.'

Dia berkata itu
Sambil mulutnya senyum.
Tapi aku tahu, hatinya rasa sayu
Kerna bernasib seperti itu.

Tiba-tiba hatiku rasa sedih,
Air mataku nak keluar...
Kerna, itu perkataan yang dia keluarkan
Setelah lama dia hidup bersendirian.

Aku belajar sesuatu;
Ada orang kata
Duit itu tidak bisa membeli cinta...
Tapi, lihatlah suatu hari nanti
Dikala dirimu melihat bekas wanita yang engkau cintai
Hidup bahagia, kaya berbanding hidupmu...
Rasalah apa rasanya...
Di kala itulah, kau akan berkata
Apa yang dikatakan oleh lelaki tua itu:
'Nasib baik dia tidak membalas cintaku,
Andai dia membalas cintaku dulu
Pasti hidupnya susah...
Tidak seindah hidupnya sekarang.'

Kekayaan sebenarnya
Bisa kurangkan kesedihan
Kesedihan kerna unrequited love.

Sekali lagi, lelaki tua itu gunakan agama
Untuk lari dari kesedihan dunia
Lagi dan lagi.

Ulasan

Catatan Popular