~nihil penamatnya~

katanya:

Aku tahu, hati ini dah lama tahu, bahawa
Di dunia ini bukan semua manusia
Ditakdirkan untuk bahagia gembira
Untuk merasa sebuah kebahagian...

Kerna itu,
aku tak mencari kebahagian dalam hidup aku;
Aku dah lama berhenti cari erti kebahagian...
Sebab aku dapat rasakan, aku ditakdirkan
Untuk tidak merasai kebahagiaan.

Malah, hidupku selama ini, ada tanda itu
Semuanya hanyalah tanda kesepian,
Kesunyian, kesedihan, kepiluan...
Yang bersatu semuanya itu
Menjadi sebuah erti kekosongan.

Terperangkap ia dalam ruang kecilku
Yang kehitaman warna melodinya
Melodi kesedihan yang penuh dengan
Gubahan 'keindahan' sorrow ku.

...
Aku tak mencari kebahagian, tak minat...
Majoriti masaku bukan untuk mencari itu.

Dalam hidupku ini, di setiap hariku,
Aku hanya sibukkan diriku dengan...
Apa yang menarik perhatianku sahaja
Tapi, aku tak berharap bahagia berkekalan
Dan, aku tak berharap, aku rasa erti bahagia
Yang sebenarnya...

Kerna aku tahu, segala-galanya dalam hidupku ini
Tetap hanya berakhir dengan rasa kekosongan...
Kebahagian tetap akhirnya adalah kekosongan
Yang memberi erti seksa duka ke hatiku.

Kegembiraan, keriangan, gelak tawa, bersosial
Semua itu, akhirnya memberi aku rasa kosong.
Sama rasa kosongnya seperti cinta romantika.
Semua di dunia ini memberi aku rasa kosong...
Tetap berakhir dengan rasa kekosongan
Yang teramat sangat...
Sentiasa menyeksaku di penghujung malamku.

So, kenapa nak cari kebahagian!?
Kenapa aku perlu sibukkan diri
Cari kebahagian, cari erti kebahagiaan!?
Buang masa sahaja...!

...
Dulu aku mencari erti kebahagiaan ... tapi...,
Akhirnya, penghujung setiap pencarianku itu
Hanyalah kedukaan semata-mata, sahaja
Yang bersembunyi ia di lubuk hatiku..
Itu pengalaman hidupku ajar aku erti bahagia.

Semua ini, semua tentang aku, tentang kisahku
Semua tentang hidupku ini...
hanyalah nihil semata-mata, bersifat real
Yang aku rasakan rasanya itu, sentiasa.

Ulasan

Catatan Popular