~nombor~

katanya:

Zaman ketika awal sekolah menengah
Aku takut nombor tiga dan lima
Kerna aku anggap ia nombor kematian,
Aku anggap aku yang ketiga atau kelima
Yang akan diambil nyawa oleh Pencipta.
Tapi, di kala ini, aku suka nombor itu.

Aku juga suka nombor ganjil
Kerna nombor ganjil bermakna
Bukan semua dapat pasangan/teman
Juga kerna nombor ganjil bermakna
Seseorang akan hidup bersendirian;
Suka dan pilih untuk hidup bersendirian.

Dan, baru hari ini aku tahu
Bahawa aku ada penyakit itu
Aku 'bekas' ada OCD...

Ulasan

Catatan Popular