~sang pari kayangan~
Ditulis pada 25/03/2017 [mungkin]
Digubah pada 11/07/2017
Terbang sang pari, masuk dia ke dunia manusia, turunnya dari kayangan. Terbang dia bersendirian, tersesat tidak jumpa jalan pulang. Perutnya terasa lapar, mulutnya terasa dahaga. Penat dia mencari jalan pulang, tapi tidak juga ketemu.
Sayapnya terasa lelah. Badannya penat, kelilingi alam, mencari jalan pulang. Air mata turun, membasahi pipinya, yang putih mulus. Andai ada lelaki memandang wajahnya itu, pasti akan memekarkan rasa cinta, di hati sang lelaki.
Nangis dia, kerna takut akan nasib malangnya. Alam pun menemani tangisan itu. Angin mendayu-dayu. Burung-burung berterbangan, seperti hendak menggembirakan sang pari. Awan berbentuk indah, juga seperti hendak berteman dengan sang pari.
Jatuh pengsanlah sang pari. Jatuh dia menyentuh tanah, dipeluk dia oleh bumi. Sang rama-rama datang membelai mukanya. Daun-daun jatuh gugur ke tanah. Angin semakin kencang berterbangan, menyejukkan alam. Sang mentari dihilangkan cahayanya, oleh awan putih.
Datang seorang pemuda. Dipanggil dia oleh angin, lihat dia rama-rama, cantik berterbangan mengelilingi sang pari. Sayap sang pari hilang, kerna menyentuh dia dengan bumi. Pemuda itu datang, sentuh dia wajah wanita itu.
Cinta pandang pertama mekar di hati pemuda itu. Wajah wanita itu, seperti salju yang menyejukkan kalbu. Terasa hatinya, terbuka sangkar ilusi, agar cinta bisa masuk, menyentuh hatinya.
Dibawa wanita itu, oleh pemuda itu, ke rumahya. Di atas bukit, yang hanya ada rumput, dan sebatang pokok sahaja. Dia tinggal seorang di situ. Katanya dia hendak lari dari kesibukan dunia. Dia nak hidup, tanpa terlalu kejar, akan materialnya dunia.
Jaga dia wanita itu, seperti menjaga hatinya sendiri. Matanya sering memandang wajah sang wanita itu. Hati telah dibutakan dengan cinta, lagi. Hati sepertinya melihat bintang jatuh di depan mata. Terasa, dirinya tersangat istimewa, kerna takdirnya berjumpa, dengan wanita itu.
Dia keluar dari bilik itu, agar dia tidak dihalunisasikan dengan cinta. Dia nak abaikan, permainan hatinya.
Bukalah mata wanita itu. Melihat dia sekeliling. Hairan dia dengan segala. Rasa takut menjelma di hatinya, kerna dirinya tidak tahu, apa nasibnya. Datang sang pemuda memperkenalkan diri. Senyum lelaki itu, di kala wanita itu ketakutan.
“Janganlah takut. Saya ini sekadar penyelamat yang telah ditakdirkan, untuk selamatkan kamu, daripada hutan di sana.”
Wanita itu diam. Belajar dia senyum kepada sang pemuda. Terasa lagi, cinta kembang mekar, mengganggu hatinya. Wanita itu berdiri, melihat alam melalui tingkap. Terasa indah hatinya, kerna pemandangan indah, yang dilihatnya, dari tingkap rumah itu.
“Terima kasih, kerna selamatkan saya.”
“sama-sama.”
Kenallah mereka, apa yang patut diperkenalkan. Senyum mereka sepanjang malam, ditemani tawa riang, bergurau senda. Sang pari lupa asal-usulnya. Lupa dia undang-undang adat negaranya.
Terputiklah cinta, di hati wanita(pari) itu, walau dia tahu, bangsanya pari tidak boleh sesekali mencintai manusia. Apakan daya, cinta membutakan hatinya, mengilusikan kerasionalan mindanya. Cinta menghasilkan harapan baru, ke atas wanita itu.
Masa berlalu dengan cepatnya. Tiba masanya, kebenaran dikeluarkan, agar tidak ada lagi, serba salah dalam mimpinya sang pari.
“wahai manusia, aku ini sang pari-pari.”
“Ya, aku tahu itu.”
Wanita itu kehairanan.
“Bagaimana kamu tahu?”
“Kerna aku pernah berjumpa kamu di alam mimpi. Dan, kamu juga pernah datang memberi ku bunga, di waktu kecilku, di kala aku diusir dunia.”
“Kamu percaya pari-pari itu wujud?”
“Sejak kamu memberi bunga itu, aku telah anggap bahawa pari-pari itu wujud, walau aku dikata gila.”
Bertambahlah cinta mereka. Pemuda senyum gembira, kerna dia tahu, pari-pari itu sememangnya wujud. Malah, pencariannya bernoktah, kerna akhirnya, setelah harapan hilang, datang sang pari tanpa dipinta.
Sang pari itu pula gembira, kerna dirinya diterima pemuda itu. Malah, pemuda percaya, bahawa dia adalah sang pari, yang sesat.
Pada suatu hari, datang kawan sang pari, mencari sang pari yang hilang. Jumpa mereka, dengan sang pari hilang itu. Hairan mereka, kerna cinta telah berputik di hati sang pari hilang, dan dengan bangsanya manusia.
Datang mereka menghampiri sang pari itu, mempersoalkan mereka segalanya. Ingat mereka dengan undang-undang sang pari. Masing-masing diam. Berkatanya sang pari hilang itu
“Cinta telah membutakan saya...”
Pari-pari yang lain hanya diam, menunggu wakil ketua berkata-kata.
“Marilah kita pulang, ke kayangan,” wakil ketua membuka, dan menutup kata.
Katanya lagi
“Wahai sang pari, awak tahu apa hukumannya bercinta dengan manusia?”
“Ya, saya tahu.”
Pulang mereka, meninggalkan sang pari-pari. Menangislah sang pari itu, kerna dia tahu apa nasibnya yang bakal menimpanya.
Sampai sang pari yang lain ke dunia kayangan. Jumpa mereka dengan ketua sang pari.
“Wahai Ayah, sang pari yang hilang itu telah saya jumpa. Bercinta dia dengan bangsanya manusia.”
Diam ketua sang pari yang dipanggil ayah itu.
“Apa yang harus kami lakukan?”, soal sang pari lagi.
“Biarlah mereka bercinta," jawap ketua sang pepari.
“Tapi, bagaimana dengan undang-undang sang pari", soal sang pari lagi.
“Undang-undang itu, pada awalnya, tidak pernah ada. Ia diadakan semata-mata kerna, tidak mahu bangsanya pari-pari berhubung dengan bangsanya manusia.”
“Tapi....”
“Biarlah mereka bercinta. Walau ada musibah melanda mereka, biarlah mereka yang tanggung, kerna cinta, mungkin bisa menyabarkan mereka.”
“Baiklah...”
Berlalulah sang pari yang lain. Berkata sang ketua kepada kawan-kawannya
“Sang pari yang bercinta dengan manusia, akan lenyap mereka, di kala manusia itu tidak lagi mencintai sang pari. Beza sang pari dengan manusia adalah, cintanya sang pari berkekalan sampai bila-bila, tapi cintanya manusia bisa berubah. Cinta sang pari hanya untuk seorang manusia sahaja, sampai bila-bila, walau manusia itu tidak membalas cintanya. Bangsanya manusia pula jatuh cinta, berkali-kali, beza dengan bangsanya pari. Kerna itulah, bangsanya pari-pari dilarang menunjukkan dirinya di depan manusia. Dikhuatiri, sang pari mati terseksa kerna cinta.”
Ulasan
Catat Ulasan