~andai

katanya:

Andai, aku coba fikir logik
Maka, aku anggap semuanya
Adalah sia-sia belaka,
Aku anggap, semuanya
Yang aku lakukan
Adalah sia-sia belaka,
Ia hanya kegembiraan ilusi
Untuk lari dari usaha
Di dunia empirikal...

Andai,
Aku coba logikkan
Semua yang aku lakukan
Maka, bisa aku katakan bahawa
Semua yang aku lakukan
Sekarang ini adalah
Sia-sia belaka...
Semuanya hanyalah
Kegembiraan ilusi
Yang aku rasai hanya kerna
Nak lari dari diriku sendiri...
Ia ilusi, kerna aku tahu
Selama-lamanya aku tak bisa
Lari dari diriku sendiri ...,
Tak akan pernah bisa,
Kecuali aku hilang ingatan
Akan semuanya tentang aku.

Ya, aku tahu
Semua yang aku lakukan sekarang
Adalah sia-sia belaka,
Adalah buang masa sahaja,
Adalah kegembiraan ilusi sahaja...
Aku tahu itu, aku dah lama tahu itu...
Tapi, aku yang pilih
Semuanya ini.
Aku yang pilih melayan
Kegembiraan ilusi ini...

Aku dah tidak kisah
Melayani kegembiraan ilusi ini
Kerna, aku dah lama anggap
Hanya kegembiraan ilusi
Yang bisa mengisi
Kekosongan hatiku...

Aku pilih layan kegembiraan ilusi...
Walaupun ia dikatakan sia-sia...
Aku dah tidak kisah akan semua itu.

Aku juga dah malas
Bermain dengan logik aku,
Aku pilih kegembiraan ilusi
Berbanding logikku...

Aku pilih merana lemas
Dalam lautan kegembiraan ilusi
Berbanding merana kerna kekosongan
Hasil kelogikanku.

Apa yang aku bisa simpulkan adalah
Logik bisa membawa kepada kekosongan hati.
Dan, kegembiraan ilusi itu lebih indah
Berbanding kekosongan hati
Walaupun, ada kalanya, hasil kerna pengaruh logik,
Maka, kegembiraan ilusi bisa membawa kepada
Kekosongan hati...

Tapi, aku dah malas nak fikir
Akan semua itu.

Ulasan

Catatan Popular