~lagu~
katanya:
Andai
Aku genius composer
Adakah dikau mahu
Menyanyikan lagu
Rekaanku
Wahai wanita
Yang aku sangat
Cintai...?
Inginku
Menghasilkan lagu
Yang sesuai dengan
Kemerduan suaramu
Juga, yang sesuai
Dengan perasaan
Yang ada di hatimu.
Inginku
Memberimu lagu,
Lagu yang bisa
Membuatkanmu senyum
Senyum, walaupun
Hanya dikau
Yang senyum
Aku pula merana
Dalam diam.
Tapi, lihat kamu senyum
Dah cukup bagiku;
Aku belajar untuk itu.
Ulasan
Catat Ulasan