~loneliness epidemic~
katanya:
Di malam hariku
Aku baring di atas pasir
Di tepi pantai,
Bersendirian tanpa sesiapa.
Hatiku rasa kosong
Sangat kosong.
Maka, aku mencari lagu
Agar bisa mengisi hati.
Aku memasang lagu,
Lagu kesayuan.
Ia indah, kerna lagu sayu
Sesuai dengan hatiku
Yang telah lama mati
Diracun oleh kesunyian
Kesepian, keseorangan,
Kepiluan, kesedihan
Hasil psikologi depresi.
Aku dah lelah, sangat lelah
Nak berusaha mencari
Penawar real depresi.
Aku mendengar lagu
Segala-galanya lagu sayu.
Mataku melihat rembulan
Tanpa ada lagi
Perasaan dalam hatiku
Memuji keindahan bulan.
Mataku melihat pula bintang
Tapi ia sama, hatiku tak rasa
Apa-apa, hanyalah kosong
Sahaja yang tinggal.
Aku melihat dunia ini
Melalui perasaan kosongku
Maka kosonglah maknanya
Akan sebuah kehidupan.
Semuanya adalah kosong
Termasuk cinta romantika.
Aku dah penat, sangat lelah
Akan aku yang ini...
Aku rasa lemas, berteman
Dengan aku yang ini.
Maka sentiasa, aku cari
Cara untukku lari
Dari aku sendiri,
Lagi dan lagi, senantiasa.
Inilah kehidupan loserku
Walau betapa indahnya realiti
Aku tetap tak melihatnya
Kerna minda dan hatiku sibuk
Melayan psikologi depresiku.
Walau mataku memandang bulan
Mahupun bintang yang indah,
Aku tetap sibukkan duniaku
Dengan kekejaman depresi
Kerna bagiku hanya depresi
Yang real, tidak selain ia.
Aku selalu rasa, sentiasa rasa
Bahawa aku dah penat
Dengan segala-galanya
Kerna bagaikan semuanya
Adalah ilusi yang bersifat delusi.
Aku dah penat, melayan
Ilusi kegembiraan hanya kerna
Nak lari dari kematian hatiku
Hasil kegelapan sebuah depresi.
Aku sentiasa kalah, kerna
Depresi dan mula membiak
Dalam jiwaku, mempengaruhi
Segala gene-ku, mengubah genome-ku
Agar bisa menghayati
Keindahan sebuah depresi.
Kini, aku hanya diam
Tanpa mahu lagi
Mencari penawar real.
Aku hanya menelan
Penawar ilusi, untuk lari
Dari ia, penyakit depresiku.
Chemical kegembiraanku
Telah digodam intinya
Memberiku ideologi evolusi
Akan ertinya kegembiraan;
'Di dunia ini, kau (aku) takkan
Merasai kegembiraan real...'
Dan, ia benar, sehingga kini
Aku tetap rasa bahawa
Semuanya adalah tetap
Kegembiraan ilusi sahaja.
Apa yang real dalam hidupku
Hanyalah depresiku sahaja.
Aku tahu aku salah,
Tapi apa dayaku, gene hidupku
Telah dikawal makna gembiranya
Hasil definisi psikologi depresiku.
Ulasan
Catat Ulasan