~rahsiahku~

*aku tulis ini sambil mendengar lagu
If it is you cover by Rose Blackpink.

katanya:

Kebanyakan
Tulisan ku ini
Adalah untuk mu
Wahai wanita
Yang aku
Sangat-sangat cintai.
Tapi, aku tahu
Sangat-sangat tahu
Kamu tak akan pernah
Baca tulisanku ini...
Malah,
Kamu tak akan pernah
Tahu akan kewujudan
Tulisanku ini;
Selama-lamanya
Tak akan pernah.

Tapi, aku pilih
Untuk tetap menulis
[Biarpun dikau
  Tak akan
  Pernah tahu
  Bahawa tulisanku ini
  Adalah
  Untukmu sahaja...]
Kerna, hanya
Melalui tulisanku ini
Aku bisa luahkan
Cintaku terhadapmu;
Hanya tulisanku
Tempat aku luahkan
Perasaan cintaku ini,
Tidak di dunia
Empirikal ku.

Ulasan

Catatan Popular