~sendiri~

katanya:

Kerna dia dah tidak percaya
Bahawa menceritakan adalah penawar
Akhirnya, dia hanya diamkan depresinya
Dan menangis di ruang kecilnya
Tanpa ada sesiapa mengetahui kisahnya.

Dia pilih untuk simpan ia
Jauh di dalam sudut hatinya
Dan, pilih untuk hidup bersendirian
Sehingga akhir hayatnya...
Kerna, dia tidak percaya lagi
Cinta bisa selamatkan dia
Dari lautan depresinya.

Ulasan

Catatan Popular