~sense~

katanya:

Mereka yang ada
Dunia mereka sendiri
[Yang tinggal di
  Dunianya sendiri]
Ada kalanya,
Tidak terlalu mengikuti
Common sense
[Kurang common sense nya]
Seperti mana yang diikuti
Oleh majoriti manusia
Di persekitarannya.

Mereka sibuk
Dalam dunia mereka sendiri.
Mereka sibuk
Terbang dalam dunia idea
Sama ada idea realiti
Atau juga idea fantasi
Mahupun idea delusi
Walaupun semua itu
Sikit sahaja realnya,
Dan banyak ilusinya.

Mereka senyum
Tetap senyum
Tinggal di dunia itu
Walaupun dalam pandangan
Majoriti manusia lain
Dunia mereka itu
Umpama gua yang sempit
Dan gelap tanpa cahaya
Juga tanpa penghuni.

Ulasan

Catatan Popular