~sunyi dunianya~
"
Dia sentiasa senyum
Kepada dunia luar;
Kepada semua manusia...
Tapi, dia jarang
Senyum kepada
Dirinya sendiri...
Dia jarang
Hina manusia
Tapi, dia selalu
Hina dirinya sendiri
Sentiasa...
Dia belajar
Untuk tidak pernah
Pandang rendah
Manusia lain
Tapi, dia selalu
Pandang rendah
Akan dirinya sendiri.
Dia mencintai
Akan seorang wanita
Tapi, dia tidak pernah
Cinta akan dirinya
Sendiri, tidak pernah.
Dia belajar faham
Psikologi manusia lain
Tapi, dia menghina
Psikologinya sendiri.
Dia belajar faham
Akan cinta manusia lain
Tapi, dia sendiri
Menghina cinta
Yang ada
Dalam hatinya.
My dear
Apa kisah hidup
Yang kau lalui
Hinggakan kau
Hidup seperti itu?
Mahu kau ceritakan
Kepada aku...?
"
Kata, puisiku kepada jiwaku.
Ulasan
Catat Ulasan