~cinta~
katanya:
Ya, cinta itu nafsu. Siapa yang tiada nafsu di dunia ini? Nafsu seks, nafsu makan, nafsu struggle for recognition, nafsu ilmu, nafsu sosial media, nafsu material, etc... Di era moden ini, majoriti manusia ada nafsu.
Ya, cinta itu nafsu. Pernah, hanya kerna cinta romantika, seorang masuk Islam; hanya kerna nafsu kebahagian melalui perkahwinan, dia masuk Islam. Lama-kelamaan, tabiat lamanya keluar; dia minum semula arak. Ya, cinta itu nafsu. Adakalanya ia tidak sama, dengan nafsu seks, tapi ia kemungkinan besar, sama dengan nafsu kebahagian [siapa yang tidak mahu rasai kebahagian di dunia ini melalui perkahwinan]. Ya benar, cinta itu nafsu, yang melupakan manusia akan realiti.
Juga, kerna cinta, isterinya tidak meninggalkan dia, tapi dia [isteri] tetap ada di sisi suaminya, berdoa agar suaminya berubah. Lelaki itu, minum arak, lagi dan lagi. Tapi, lama-kelamaan, hanya kerna cinta, dia berubah menjadi baik; dia berhenti meminum arak. Ya, cinta itu nafsu, tapi ada kalanya cinta bisa mengubah manusia, sama ada menjadi baik, atau tidak.
Ya, cinta itu nafsu, tapi jangan generasasikan nafsu cinta itu sama dengan nafsu seks, kerna ada kalanya, cinta romantika tidak mendatangkan keghairahan, ada kalanya cinta memberi estetika kepada hati; cinta menghidupkan hati manusia atau mematikan hati manusia. Cinta bisa menyebabkan manusia, mengubah caranya, menafsir sebuah kehidupan, dan kebahagian hidup.
Ada, yang kerna cinta [kecantikan seorang wanita], seorang lelaki mencari Cinta Real, kerna baginya, andai wajah-kewujudan wanita itu cantik, maka Sang Pencipta itu lebih indah dan cantik dari wajah-kewujudan wanita itu. Bagi dia, andai cinta romantika indah, maka Cinta Real lebih indah. Akhirnya, dia berhenti mencari cinta, dan mula mencari Cinta. Dia berhenti mencari cinta romantika, dan coba bercinta dengan ilmu-maklumat. Tapi, akhirnya, dia kembali merasai cinta...
Kisah manusia berbeza-beza, dalam hidup di dunia realiti ini.
Ulasan
Catat Ulasan