~mataku~
katanya:
Berjalanku dalam khalayak masyarakat
Melihatku mata, mulut dan wajah setiapnya
Ternyata, banyak kisah suram, sepi, sunyi
Dalam setiap wajah-wajah keseluruhannya.
Disebalik senyumannya, tawanya, riangnya
Terdapat seribu satu kisah sembunyiannya
Ada kekosongan dalam bebola matanya
Ada kedukaan dalam keindahan senyumannya
Ada hilang semangat dalam setiap usahanya
Ada kesedihan dalam setiap perkataannya
Banyak mata yang kesepian pandangannya.
Adakah mereka pernah mempersoalkan
Sebuah makna erti kehidupan dunia ini
Setelah dihempit kedukaan realiti nasibnya?
Adakah kemajuan dunia, memajukan majoriti
Tapi menyeksa pedih sekolompok minoriti
Hinggakan mati, mati kelihatan jiwanya...?
Kehidupan... apa sebenarnya kehidupan
Adakah perlu sibuk mencari keindahan hidup
Atau menerima sahaja kedukaan hidup...?
Atau mencari keindahan dalam kedukaan
Yang dirasainya dalam kehidupannya...?
Tapi, pasti dalam duka setiap manusia
Mereka pasti pernah merasai kegembiraan
Walaupun kini kelihatan sayu senyumannya
Mereka pasti pernah tertawa senyum gembira
Merasai keindahan hidup di dunia fana ini
Mereka pasti pernah merasai indahnya hidup
Yang kini telah menjadi sejarah memorinya...
Senyumlah wahai manusia, senyumlah
Kerna, cukuplah hanya aku seorang sahaja
Yang mati jiwanya ditelan psikologi depresiku...
Ulasan
Catat Ulasan