~menjelajah dunia~
katanya:
"Mari kita menjelajah dunia
Melihat keindahan alam
Sambil membuat kenangan
Agar bisa diceritakan
Kepada sesiapa yang hendak
Mendengarnya."
"Tidak, aku tidak mahu.
Aku sibuk menerokai jiwaku
Yang rosak hasil psikologiku.
Aku sibuk, menemani jiwaku
Yang mati dibunuh realiti
Yang rosak hasil pentafsiranku
Mengenai sebuah kehidupan."
"Pergilah kamu menjelajah dunia
Menulis keindahan alam zahir.
Biarlah aku di sini,
Berkurung di ruang kecilku
Menulis akan tragedi jiwaku."
"Kamu hasilkan perkara berfaedah
Aku hasilkan karya sampah dunia."
kata hatiku kepada zahirku.
Ulasan
Catat Ulasan