~menyendiri dia~

katanya:

Wanita itu suka bersendirian
Kerna dia tidak lagi rasa gembira
Ketika berada di khalayak.
Dia gembira ketika bersendirian
Berteman dengan dirinya, juga
Berteman dengan alam dunianya.
Dia dah lama hilang dari empirikal
Hanya habiskan masanya, waktunya
Di ruang kecilnya; dalam rumahnya.
Dia tutup akan hatinya dari disentuh
Oleh mana-mana manusia
Yang coba mendekatinya;
Yang coba menemaninya.
Dia hanya keluar rumah
Andai ada hal-hal yang tidak bisa
Dia elakkan; terpaksa dia uruskan.
Andai bisa, dia nak berkurung di ruang itu
Tanpa perlu keluar dari ruang kecilnya,
Selama-lamanya; hingga akhir hayatnya.
Dia rasa gembira hidup seperti itu.

Menurut pandangan mataku
Juga tafsiran hatiku
Wanita seperti itu cantik
Kerna dia ada dunianya sendiri.
Cumanya, apa kisah hidupnya
Hingga dia pilih hidup seperti itu
Yang lain dari majoriti manusia?
Apa kisah hidup yang dia lalui
Hinggakan dia pilih hidup cara itu?
Apa kisah cerita hidupnya
Hinggakan dia tidak kisah
Andai dia dihina, dikritik, dimaki
Kerna pilih hidup seperti itu?

Mahu kamu menceritakan kisah hidupmu
Kepada manusia yang ingin mendengarnya?
Mahu kamu buka hatimu
Agar dunia bisa mengenalimu
Agar bisa kamu luahkan suara hatimu?
Mahu kamu berubah menjadi manusia
Yang lain dari kamu yang sekarang?
Mungkin tidak, kerna ada kalanya
Hidup seperti itu lebih indah
Berbanding hidup terlalu bersosial.

Aku tidak tahu apa pentafsiranmu
Mengenai erti sebuah kehidupan ...
Juga, aku tidak mahu tafsir kisah hidupmu
Berdasarkan kisah hidup yang aku lalui.
Apa yang aku nak katakan hanyalah
'Senyumlah selalu... tawalah selalu
  Kerna ada manusia lain gembira
  Hanya sekadar melihat senyumanmu,
  Juga tawamu dari jauh...' .

Ulasan

Catatan Popular