~tentang hidup~

Dia adalah antara manusia
Yang hatinya mati
Ditikam realiti hidupnya.
Jiwanya mati tanpa erti hidup
Yang selama ini dia simpan
Erti hidup dalam sanubarinya;
Tapi kini, erti hidup itu
Dia dah abaikan...
Dia mati di dalam dia
Tanpa ada lagi semangat hidup
Di dunia empirikalnya...
Tapi, dia selalu lupa
Bahawa dia dah lama mati;
Jiwanya, hatinya dah lama mati.
Dia lupa akan itu
Hinggakan dia tetap hidup
Di dunia empirikalnya
Dengan sebuah senyuman...
Dia belum mati di luarnya
Dia hanya mati di dalam dirinya...
Dia masih mereka dirinya
Sambil coba menghidupkan kembali
Api semangat hidupnya
Walaupun selalu, tetap terpadam
Lagi dan lagi...

Dia masih hidup
Menerokai erti sebuah kehidupan
Di dunia yang fana ini...

Ulasan

Catatan Popular